Isnin, 24 Oktober 2016

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2016 - Taklimat & Ice Breaking 1.0 [21 Oktober 2016]



       Pada 21 hingga 23 Oktober 2016, buat pertama kalinya, Unit Kokurikulum SK. Sungai Sebatu telah bekerjasama dengan pihak SK. Long Ikang dan SK. Morek untuk mengadakan perkhemahan bersepadu yang bertempat di padang SK. Sungai Sebatu. Perkhemahan selama tiga hari dua malam ini telah disertai oleh 29 orang murid dan 20 orang guru.

      Penganjuran aktiviti perkhemahan ini adalah bertujuan untuk membina ketahanan fizikal dan mental, membentuk keyakinan diri dan memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan peserta. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan profesional antara ketiga-tiga buah sekolah yang terlibat. 

      Sepanjang perkhemahan ini, para peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua yang bertanggunjawab memimpin ahli kumpulannya. Mereka juga dikehendakki melantik seorang penolong ketua, bendahari dan pemegang amanah.Sebarang masalah yang timbul dalam kalangan ahli, perlulah diselesaikan secara berkumpulan.

       Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini. Antaranya ialah membina gajet dan khemah, merentas hutan, masakan rimba, malam burung hantu dan malam kebudayaan. Semua aktiviti berjalan lancar dengan kerjasama dari semua peserta dan juga guru.

       Perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamanya. Para peserta dapat mengutip pengalaman berharga dan pelbagai pengetahuan baru. Malah hubungan antara ketiga-tiga buah sekolah yang terlibat juga bertambah erat. Diharap, aktiviti ini dapat diadakan sekali lagi pada tahun hadapan.

Program dimulakan dengan taklimat asas daripada kem komanden.
Cikgu Fattah selaku kem komanden menerangkan tentang maklumat penting mengenai perkhemahan ini.
Guru-guru yang turut terlibat dalam memastikan kelancaran program.
Sesi pemilihan Penghulu dan Penghuluwati bagi perkhemahan kali ini.

Guru-guru berbincang mengenai aktiviti-aktiviti seterusnya.
Program diteruskan dengan aktiviti Ice-Breaking yang dikelolakan oleh Cg. Ulfa.







Teks : mfd
Gambar : mfd
About SK SUNGAI SEBATU, BARAM

Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu atau nama ringkasnya SK Sungai Sebatu, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Baram.Ditubuhkan pada tahun 1960, sekolah ini telah mencatatkan pelbagai sejarah dalam komuniti tempatan. Majoriti murid yang bersekolah di sini merupakan daripada etnik Iban dengan kadangkala terdapat enrolmen daripada murid etnik Kayan, Kenyah dan Cina. Kepelbagaian kaum dalam kalangan pendidiknya telah memberikan pelbagai dimensi dalam pengalaman pembelajaran murid sejak 1960.

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan