Jumaat, 28 April 2017

Gotong Royong PIBG 2017 [26 APRIL 2017]

       Pada 26 April yang lepas, pihak PIBG SK. Sungai Sebatu telah mengadakan aktiviti gotong royong peringkat sekolah. Aktiviti yang bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan selesa buat para murid dan kakitangan SKSS ini telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 30 orang guru-guru dan para ibu bapa.

       
Sebelum aktiviti dimulakan, Guru Besar, En. Goyang, telah memberi sedikit taklimat berkaitan keselamatan dan tentatif bagi hari tersebut.
 

Kaum bapa dan guru-guru lelaki ditugaskan untuk merobohkan tandas yang sudah uzur dan juga membaiki platform tangki air di rumah-rumah guru yang juga telah uzur dan membahayakan.



Lantai di bangunan sekolah juga turut diselenggara bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.





Aktiviti ini tamat pada jam 1.00 petang. Kesimpulannya, walaupun jumlah penduduk di Kampung Sungai Sebatu ini sudah semakin sedikit, namun sambutan daripada para ibu bapa masih memberangsangkan. . Pihak sekolah amat menghargai segala kerjasama yang telah diberikan oleh para ibu bapa. Akhir kata, diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan di masa-masa hadapan bagi menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi yang selamat, ceria dan harmoni.

Teks: mfd
Foto: mfd
Read More