Rabu, 21 Oktober 2015

Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia [21 Oktober 2015]

Secara keseluruhannya program ini bolehlah dianggap berjaya. Penanda aras kejayaan ini adalah dari aspek  kelancaran  perjalanan program, pencapaian objektif dan prestasi para peserta. Kelancaran program ini adalah baik. Hal ini didorong oleh komitmen dan semangat kerjasama antara ahli jawatankuasa di samping sokongan dan dorongan dari pihak pentadbiran sekolah serta dari Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sk Sungai Sebatu, Baram.

Objektif utama program ini dianjurkan dapat di capai dengan jayanya. Biarpun terdpat segelintir murid yang kelihatan agak gugup, namun ia hanya bersifat sementara iaitu, di wal persembahan. Apabila perasaan gemuruh murid hilang, sedikit demi sedikit ketrampilan mereka teserlah sekaligus memberikan persembahan yang memberangsangkan. Secara keseluhannya, objektif tercapai.


Prestasi yang ditunjukkan para peserta juga menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun khususnya murid-murid tahap dua yang semakin menunjukkan kematangan dalam berbahasa. Hal ini mencerahkan peluang sekolah untuk memenangi pertandingan bercerita peringkat Zon yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.


Pemenang Kategori Tahap 1

Johan kategori Tahap 1 jatuh kepada adik Scott Nixon ak Michel dari Tahun 3

 Naib Johan kategori Tahap 1 jatuh kepada adik Xazier Muran ak Wilfred Geraman dari Tahun 2

Tempat ketiga kategori Tahap 1 jatuh kepada adik Eva Eldayana ak Jonathan dari Tahun 3

Pemenang Kategori Tahap 2

Johan kategori Tahap 2 jatuh kepada adik Jasnitha Janie ak Enturan dari Tahun 6

Naib Johan kategori Tahap 2 jatuh kepada adik Kennedy Osiris Lanang ak Michel dari Tahun 6

Tempat Ketiga kategori Tahap 2 jatuh kepada adik Emen Gazes ak Jonathan dari Tahun 5


Barisan hakim yang adil lagi bijaksana, En Ziham Zawawi, En Mohd Farhad, En Razak dan En Muhammad Hafizi selaku ketua hakim. 

Teks & foto: Nurkhairizuhana
Edit: Ziham Zawawi

Read More

Khamis, 8 Oktober 2015

Temasya Sukan Tahunan SK Morek [8 Oktober 2015]

Pada 8 Oktober 2015, SK Sungai Sebatu, Baram berbesar hati menerima jemputan ke Temasya Sukan Tahunan SK Morek 2015. SK Sungai Sebatu, Baram telah menghantar dua kuartet pelari iaitu pelari lelaki yang terdiri daripada Kennedy Osiris Lanang, Allson Remong, John Liah, Scott Nixon dan Xazier Muran manakala kuartet perempuan pula dibarisi oleh Annie, Munai, Eva Eldayana, Christiana Tiong dan Jasnitha Janie. Acara yang telah disertai adalah acara jemputan 4X100 dan 4X200 kategori lelaki dan perempuan. Antara guru pengiring yang telah turut sama menyertai temasya ini ialah En Goyang, En Ziham Zawawi, En Mohd Farhad, En Che Abdul Razak, En Muhammad Najmi, Cik Nurkhairizuhana dan Cik Siti Qurratul Aini Ulfa. 

Keputusan akhir telah menyaksikan kuartet lelaki telah menggondol emas bari kedua - dua kategori manakala kuartet perempuan menggondol emas bagi acara 4X100 dan perak bagi acara 4X200. Tidak ketinggalan juga kepada guru - guru pengiring yang telah menyertai acara staf terbuka 4X100 dan menggondol pingat emas. Pelari bagi kuartet staf terdiri daripada Cikgu Ziham, Cikgu Razak, Cikgu Ina dan Cikgu Aini Ulfa. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelari - pelari SK Sungai Sebatu, Baram semoga kejayaan ini dapat dikekalkan demi kemajuan bidang kokurikulum SK Sungai Sebatu, Baram. 
Read More