Khamis, 8 Oktober 2015

Temasya Sukan Tahunan SK Morek [8 Oktober 2015]

Pada 8 Oktober 2015, SK Sungai Sebatu, Baram berbesar hati menerima jemputan ke Temasya Sukan Tahunan SK Morek 2015. SK Sungai Sebatu, Baram telah menghantar dua kuartet pelari iaitu pelari lelaki yang terdiri daripada Kennedy Osiris Lanang, Allson Remong, John Liah, Scott Nixon dan Xazier Muran manakala kuartet perempuan pula dibarisi oleh Annie, Munai, Eva Eldayana, Christiana Tiong dan Jasnitha Janie. Acara yang telah disertai adalah acara jemputan 4X100 dan 4X200 kategori lelaki dan perempuan. Antara guru pengiring yang telah turut sama menyertai temasya ini ialah En Goyang, En Ziham Zawawi, En Mohd Farhad, En Che Abdul Razak, En Muhammad Najmi, Cik Nurkhairizuhana dan Cik Siti Qurratul Aini Ulfa. 

Keputusan akhir telah menyaksikan kuartet lelaki telah menggondol emas bari kedua - dua kategori manakala kuartet perempuan menggondol emas bagi acara 4X100 dan perak bagi acara 4X200. Tidak ketinggalan juga kepada guru - guru pengiring yang telah menyertai acara staf terbuka 4X100 dan menggondol pingat emas. Pelari bagi kuartet staf terdiri daripada Cikgu Ziham, Cikgu Razak, Cikgu Ina dan Cikgu Aini Ulfa. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelari - pelari SK Sungai Sebatu, Baram semoga kejayaan ini dapat dikekalkan demi kemajuan bidang kokurikulum SK Sungai Sebatu, Baram. 
About SK SUNGAI SEBATU, BARAM

Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu atau nama ringkasnya SK Sungai Sebatu, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Baram.Ditubuhkan pada tahun 1960, sekolah ini telah mencatatkan pelbagai sejarah dalam komuniti tempatan. Majoriti murid yang bersekolah di sini merupakan daripada etnik Iban dengan kadangkala terdapat enrolmen daripada murid etnik Kayan, Kenyah dan Cina. Kepelbagaian kaum dalam kalangan pendidiknya telah memberikan pelbagai dimensi dalam pengalaman pembelajaran murid sejak 1960.

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan