Jumaat, 9 September 2016

Majlis Perpisahan Cikgu Ziham


Pada Jumaat yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis ringkas sebagai tanda penghargaan kepada Cikgu Ziham. Beliau yang telah berkhidmat selama hampir 4 tahun di SKSS, akan berpindah ke Pulau Pinang pada hujung bulan ini. Sesungguhnya, SKSS akan merindui setiap kenangan dan jasa yang telah beliau tabur di bumi Sebatu ini. Kami doakan semoga perjalanan karier Cikgu Ziham terus maju dan cemerlang di masa akan datang. Terima Kasih Cikgu Ziham. 







VIDEO PENGHARGAAN BUAT CIKGU ZIHAM


Read More