Selasa, 30 Ogos 2016

Majlis Restu Ilmu & Sambutan Bulan Kebangsaan [30 Ogos 2016]


Pada 30 Ogos 2016, pihak sekolah di bawah kelolaan Panitia Sejarah, Pusat Sumber Sekolah dan Unit Kurikulum di samping penglibatan daripada Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SKSS telah mengadakan Majlis Restu Ilmu khas untuk murid - murid tahun 6 di samping kemuncak Sambutan Bulan Kebangsaan 2016. 

Majlis telah dimulakan dengan ucapan daripada En Goyang ak Bengkar selaku Guru Besar SK Sungai Sebatu diikuti ucapan oleh Pn Duri ak Atek selaku Yang Di Pertua PIBG SK Sungai Sebatu, Baram. Majlis seterusnya diteruskan lagi dengan aktiviti Bacaan Doa yang diketuai oleh En Jonathan diikuti sesi bersalam - salaman. 

Setelah selesai Majlis Restu Ilmu, kemuncak Sambutan Bulan Kebangsaan diadakan dimulakan dengan Kuiz Sejarah diikuti oleh persembahan daripada murid - murid. Acara persembahan dimulakan dengan persembahan sajak dalam bahasa Melayu oleh adik Scott Nixon dan adik Eva Eldayana diikuti oleh persembahan Drama Muzikal oleh murid - murid Tahun 2 - Tahun 6. Deklamasi sajak dalam bahasa Inggeris oleh murid - murid tahun 6 menceriakan lagi slot persembahan oleh murid. Slot persembahan ini diakhiri dengan nyanyian lagu Terima Kasih Cikgu dan lagu Kerana Mu Malaysia diikuti laungan Merdeka sebanyak tujuh kali oleh adik Jackson Subuh. 

Tamat laungan merdeka, bunga api dibakar tanda kemuncak kepada aktiviti malam ini. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Hafizi yang sudah menaja bunga api untuk memeriahkan lagi persembahan pada malam ini. Majlis Restu Ilmu dan Sambutan Bulan Kebangsaan 2016 peringkat SK Sungai Sebatu, Baram diakhiri dengan jamuan yang telah disediakan secaa bergotong - royong oleh guru - guru sekolah, ahli - ahli dan exco - exco PIBG di samping murid - murid yang sudi menghulurkan bantuan, 

Ucapan oleh Puan Duri ak Atek, YDP PIBG SK Sungai Sebatu, Baram. 


Ucapan perasmian oleh En Goyang ak Bengkar, Guru Besar SK Sungai Sebatu, Baram. 


Puan Duri ak Atek memakai kain bermotifkan corak etnik Sarawak tanda menyokong Pertandingan Pakaian Beragam yang diadakan pada malam ini. 


Murid - murid bersalaman dengan ibu bapa dan para guru untuk memohon restu bersempena UPSR yang akan berlangsung dalam beberapa hari lagi. 





Geng gagak hitam Rukun 13. 

Geng Rukun 13 bersama pemenang Pakaian Beragam Terbaik Kategori Guru, Cikgu Nurkhairizuhana





Teks: Ziham Zawawi 
Foto: Najmi Jali, Muhammad Hafizi, Nurkhairizuhana 
Read More

Selasa, 23 Ogos 2016

Lawatan Fasilitator LINUS Daerah Baram [23 Ogos 2016]

Pada 23 Ogos 2016, tiga orang Fasi LINUS dari PPD Baram telah sudi hadir ke SK Sungai Sebatu untuk lawatan LINUS. Dalam lawatan tersebut pihak fasi telah melakukan penyemakan dokumen serta mengadakan perbincangan dengan Penyelaras LINUS dan guru - guru LINUS bagi mendapatkan dapatan berkenaan perjalanan pelaksanaan Program LINUS di SK Sungai Sebatu. Pada akhir sesi lawatan, satu sesi diskusi telah dijalankan yang mana ulasan telah diberikan oleh Fasi LINUS untuk Literasi BM, Literasi BI dan Numerasi. Dapatan daripada ulasan tersebut telah catat dan diambil perhatian oleh guru - guru yang berkenaan. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada fasi - fasi LINUS Baram yang sudi datang ke SK Sungai Sebatu.

Cik Amy, Cik Rabinah dan Cik 

Cikg Ina dan Cikgu Hafizi berbincang dengan fasi LINUS BM. 



Guru - guru LINUS BI berbincang dengan fasi LINUS BI. 









Fasi LINUS PPD Baram melakukan penyemakan rekod dan dokumen LINUS di Bilik Pemulihan dengan diperantarakan oleh Cikgu Ina.  




En Goyang ak Bengkar, Guru Besar SK Sungai Sebatu, Baram juga turut sama mendengar rumusan yang diberikan oleh fasi LINUS PPD Baram. 


Teks: Ziham Zawawi
Foto: Nurkhairizuhana, Siti Qurratul Aini Ulfa
Read More

Ahad, 21 Ogos 2016

Pengagihan Tablet HUAWEI Mediapad 7.0 & taklimat aplikasi e-Tutor Guru [21 Ogos 2016]

Pada 21 Ogos 2016, pihak sekolah berbesar hati menerima pemberian percuma 10 tablet jenama HUAWEI Mediapad 7.0 kepada semua guru SK Sungai Sebatu, Baram. Proses pengagihan telah dijalankan di Institut Latihan Perindustrian Miri bermula jam 8.30 pagi. SK Sungai Sebatu, Baram telah diwakili oleh dua orang untuk mengambil tablet iaitu Cikgu Mohd Farhad dan Cikgu Ziham Zawawi. Pihak Utusan juga telah memberikan taklimat berkenaan aplikasi e-Tutor Guru yang boleh digunakan sebagai salah satu sumber pengajaran dan pembelajaran. Terima kasih diucapkan kepada pihak Utusan Malaysia, Securiforce, Kementerian Pendidikan Malaysia dan beberapa pihak lain yang terlibat dan bertungkus lumus menjayakan program ini. Akhir kata, terima kasih daun keladi, kalau ada berilah lagi.

Gembira Cikgu Ziham menerima tablet baharu. 


Tablet diasingkan mengikut sekolah. Setiap tablet telah dilabelkan nama mengikut nama guru dan sekolah. 


Pengagihan dijalankan di Dewan Utama, Institut Latihan Perindustrian Miri. 


Taklimat pengoperasian tablet HUAWEI Mediapad 7.0 dan taklimat penataran aplikasi e-Tutor Guru serta akhbar atas talian Utusan Malaysia oleh wakil dari Utusan Malaysia. 



Teks: Ziham Zawawi Mazlan
Foto: Mohd Farhad Daud
Read More

Selasa, 16 Ogos 2016

Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat SK Sungai Sebatu, Baram [15 Ogos 2016]

Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat SK Sungai Sebatu, Baram dijalankan bermula 8 Ogos sehingga 16 September 2016 bertempat di SK Sungai Sebatu. Majlis perasmian telah dijalankan pada hari Isnin, 15 Ogos 2016. Beberapa aktiviti telah dijalankan semasa Majlis Perasmian tersebut antaranya ialah ucapan perasmian oleh En Goyang ak Bengkar, Guru Besar SKSS, nyanyian lagu - lagu patriotik serta Kuiz Kemerdekaan. Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat SKSS merupakan program kolaborasi antara Panitia Sejarah dengan Pusat Sumber SK Sungai Sebatu.

En Ziham Zawawi menyampaikan hadiah kepada pemenang Kuiz Kemerdekaan, adik Ivan Jarrih.  


Adik Alvince Firnandez selaku pengerusi majlis pada Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kebangsaan. 


Aktiviti menyanyikan lagu - lagu patriotik sambil mengibarkan bendera.  



Guru - guru juga turut sama terlibat menyanyikan lagu - lagu patriotik.  






Teks: Ziham Zawawi
Foto: Najmi Jali
Read More

Isnin, 15 Ogos 2016

Program Smartpartnership [12 - 14 Ogos 2016]

Program Smartpartnership merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh SK Morek dengan jemputan diberikan kepada SK Sungai Sebatu dan SK Long Ikang. Bagi tahun 2016, program ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula 12 - 14 Ogos 2016. Kontinjen dari SK Sungai Sebatu terdiri daripada empat orang murid tahun 6 iaitu adik Carreyn Nara ak Babang, John Liah ak Nari, Daniel Wan Anyi dan Emen Gazes ak Jonathan manakala guru pula diwakili oleh Cikgu Farhad, Cikgu Ziham, Cikgu Aini Ulfa, Cikgu Ina dan Cikgu Ina. 

Selama 3 hari 2 malam, murid telah menduduki ujian bagi enam kertas UPSR iaitu BM Pemahaman & Penulisan, BI Pemahaman & Penulisan, Sains dan Matematik. Kertas soalan telah disediakan oleh guru - guru yang mengikuti program ini. Bagi SK Sungai Sebatu, Cikgu Ziham telah menyediakan Kertas Matematik 2, Cikgu Farhad telah menyediakan Kertas BI Pemahaman manakala Cikgu Hafizi telah menyediakan Kertas BM Pemahaman. Selepas murid menduduki kesemua kertas, sesi penandaan dijalankan diikuti oleh sesi perbincangan dan ceramah. Cikgu Farhad telah memberi ceramah bagi subjek BI manakala Cikgu Ziham pula telah memberikan ceramah bagi subjek Matematik. 

Pada hari terakhir, majlis penangguhan telah dijalankan. Cik Ramylah, GPK Kokurikulum dan Encik Hendrick, GPK 1 telah memberikan ucapan bagi pihak SK Morek selaku penganjur. Hadiah dan sijil telah diberikan kepada semua peserta dan guru yang telah terlibat. Adik Emen Gazes telah menggondol tempat ke-3 terbaik daripada keseluruhan murid yang menduduki ujian ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Emen. Adalah diharapkan agar adik Emen dan murid - murid tahun 6 yang lain akan berusaha lebih keras lagi bagi menempuh UPSR yang bakal tiba.  

Murid - murid tahun 6 yang baru tiba di SK Morek. 


 Cikgu Farhad sedang menyampaikan ceramahnya.










 Sesi mandi beramai - ramai. Murid dari Morek, Long Ikang dan Sebatu dapat mengenali antara satu sama lain di samping mengeratkan hubungan silaturahim. 


Barisan guru dari SK Sungai Sebatu, SK Morek dan SK Long Ikang serta murid yang terlibat. Tidak lupa juga kepada PT, PO dan PPM SK Morek yang turut menyumbang bakti. 


Teks: Ziham Zawawi (SK Sungai Sebatu)
Foto: Aini Ulfa, Athira, Ina (SK Sungai Sebatu)
Raihan Abd Halim (SK Morek)
Read More