Selasa, 30 Ogos 2016

Majlis Restu Ilmu & Sambutan Bulan Kebangsaan [30 Ogos 2016]


Pada 30 Ogos 2016, pihak sekolah di bawah kelolaan Panitia Sejarah, Pusat Sumber Sekolah dan Unit Kurikulum di samping penglibatan daripada Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SKSS telah mengadakan Majlis Restu Ilmu khas untuk murid - murid tahun 6 di samping kemuncak Sambutan Bulan Kebangsaan 2016. 

Majlis telah dimulakan dengan ucapan daripada En Goyang ak Bengkar selaku Guru Besar SK Sungai Sebatu diikuti ucapan oleh Pn Duri ak Atek selaku Yang Di Pertua PIBG SK Sungai Sebatu, Baram. Majlis seterusnya diteruskan lagi dengan aktiviti Bacaan Doa yang diketuai oleh En Jonathan diikuti sesi bersalam - salaman. 

Setelah selesai Majlis Restu Ilmu, kemuncak Sambutan Bulan Kebangsaan diadakan dimulakan dengan Kuiz Sejarah diikuti oleh persembahan daripada murid - murid. Acara persembahan dimulakan dengan persembahan sajak dalam bahasa Melayu oleh adik Scott Nixon dan adik Eva Eldayana diikuti oleh persembahan Drama Muzikal oleh murid - murid Tahun 2 - Tahun 6. Deklamasi sajak dalam bahasa Inggeris oleh murid - murid tahun 6 menceriakan lagi slot persembahan oleh murid. Slot persembahan ini diakhiri dengan nyanyian lagu Terima Kasih Cikgu dan lagu Kerana Mu Malaysia diikuti laungan Merdeka sebanyak tujuh kali oleh adik Jackson Subuh. 

Tamat laungan merdeka, bunga api dibakar tanda kemuncak kepada aktiviti malam ini. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Hafizi yang sudah menaja bunga api untuk memeriahkan lagi persembahan pada malam ini. Majlis Restu Ilmu dan Sambutan Bulan Kebangsaan 2016 peringkat SK Sungai Sebatu, Baram diakhiri dengan jamuan yang telah disediakan secaa bergotong - royong oleh guru - guru sekolah, ahli - ahli dan exco - exco PIBG di samping murid - murid yang sudi menghulurkan bantuan, 

Ucapan oleh Puan Duri ak Atek, YDP PIBG SK Sungai Sebatu, Baram. 


Ucapan perasmian oleh En Goyang ak Bengkar, Guru Besar SK Sungai Sebatu, Baram. 


Puan Duri ak Atek memakai kain bermotifkan corak etnik Sarawak tanda menyokong Pertandingan Pakaian Beragam yang diadakan pada malam ini. 


Murid - murid bersalaman dengan ibu bapa dan para guru untuk memohon restu bersempena UPSR yang akan berlangsung dalam beberapa hari lagi. 





Geng gagak hitam Rukun 13. 

Geng Rukun 13 bersama pemenang Pakaian Beragam Terbaik Kategori Guru, Cikgu Nurkhairizuhana





Teks: Ziham Zawawi 
Foto: Najmi Jali, Muhammad Hafizi, Nurkhairizuhana 
About SK SUNGAI SEBATU, BARAM

Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu atau nama ringkasnya SK Sungai Sebatu, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Baram.Ditubuhkan pada tahun 1960, sekolah ini telah mencatatkan pelbagai sejarah dalam komuniti tempatan. Majoriti murid yang bersekolah di sini merupakan daripada etnik Iban dengan kadangkala terdapat enrolmen daripada murid etnik Kayan, Kenyah dan Cina. Kepelbagaian kaum dalam kalangan pendidiknya telah memberikan pelbagai dimensi dalam pengalaman pembelajaran murid sejak 1960.

You Might Also Like

1 ulasan: