Rabu, 10 Ogos 2016

Lawatan Nazir Tawaran Baru Guru Besar 2015 [9 Ogos 2016]

Pada 9 Ogos 2016, pihak sekolah berbesar hati menerima kedatangan Jemaah Nazir Tawaran Baru Guru Besar yang terdiri daripada empat orang pegawai.  Untuk rekod, ini merupakan kali kedua SK Sungai Sebatu, Baram menerima kedatangan Jemaah Nazir untuk Tawaran Baru Guru Besar. Pada tahun 2013, SK Sungai Sebatu, Baram berjaya menerima Anugerah Tawaran Baru Guru Besar bagi tahun 2012. Verifikasi dokumen, lawatan lapangan dan pencerapan telah dijalankan bermula awal pagi dan diakhiri dengan sesi pembentangan oleh Encik Goyang ak Bengkar, Guru Besar SK Sungai Sebatu, Baram. 



En Goyang ak Bengkar sedang membentangkan profil dan maklumat sekolah kepada Jemaah Nazir. 



En Goyang ak Bengkar dan Encik Mohd Farhad beramah mesra dengan Jemaah Nazir. 



En Muhammad Hafizi membantu Jemaah Nazir mencari fail dan dokumen yang diperlukan. 



Fail dan dokumen disusun mengikut kluster kurikulum, kokurikulum dan HEM. 



Guru - guru lain turut sama mengikuti pembentangan yang disampaikan oleh En Goyang, Guru Besar SK Sungai Sebatu, Baram. 




Penggunaan TMK dalam pembentangan En Goyang. 




Barisan guru SK Sungai Sebatu, Baram dan Jemaah Nazir.

Disediakan oleh: Ziham Zawawi Mazlan
Foto oleh: Ziham Zawawi Mazlan & Mohd Farhad Daud

About SK SUNGAI SEBATU, BARAM

Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu atau nama ringkasnya SK Sungai Sebatu, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Baram.Ditubuhkan pada tahun 1960, sekolah ini telah mencatatkan pelbagai sejarah dalam komuniti tempatan. Majoriti murid yang bersekolah di sini merupakan daripada etnik Iban dengan kadangkala terdapat enrolmen daripada murid etnik Kayan, Kenyah dan Cina. Kepelbagaian kaum dalam kalangan pendidiknya telah memberikan pelbagai dimensi dalam pengalaman pembelajaran murid sejak 1960.

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan