Khamis, 27 Oktober 2016

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2016 - Penutupan [23 Oktober 2016]

           Program yang berlansung selama 2 hari ini akhirnya tamat pada 23 Oktober 2016. Pada hari tersebut, para peserta diminta untuk berkumpul di dewan sekolah setelah selesai bersarapan. Aktiviti dimulakan dengan sedikit refleksi dan taklimat ringkas yang daripada kem komanden iaitu Cikgu Fattah. Program diteruskan dengan pemberian hadiah kepada para pemenang bagi semua aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini. Setiap ketua kumpulan juga diminta untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang diperolehi sepanjang perkhemahan ini. 
         Selesai sahaja aktiviti di dewan, semua peserta diminta untuk mengemaskan tapak perkhemahan. Menjelang tengah hari, semua aktiviti telah selesai dijalankan meskipun dalam keadaan hujan. Ternyata rata-rata peserta yang terlibat telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam menjayakan program ini sejak dari mula hingga ke saat-saat terakhir program ini. Kerjasama daripada pihak guru dan juga penduduk kampung juga amat bermakna dalam menjayakan perkhemahan ini. 
          Diharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam usaha untuk melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek rohani, emosi, jasmani, intelek dan sahsiah. Sekali lagi, sebagai tuan rumah, pihak SK Sungai Sebatu ingin meminta maaf jika terdapat sebarang kekurangan sepanjang perkhemahan ini dijalankan. Ribuan terima kasih juga kepada warga SK. Long Ikang dan SK. Morek kerana sudi bertandang ke Kampung Sungai Sebatu. 













Teks: mfd
Foto: mfd

Read More

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2016 - Jungle Trekking & Malam Kebudayaan [22 Oktober 2016]

               Setelah para peserta dan guru semua selesai menjamu selera, program diteruskan lagi dengan aktiviti Jungle Trekking. Aktiviti ini dijalankan di kawasan hutan Kampung Sungai Sebatu dan dipantau oleh para guru yang terlibat. Satu pujian patut diberikan kepada para peserta kerana mereka berjaya menempuhi segala halangan sepanjang aktiviti ini dijalankan. Berikut merupakan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan sepanjang aktiviti ini.










                Selesai sahaja aktiviti 'Jungle Trekking', para peserta dijemput untuk menjamu selera dan terus bersiap untuk aktiviti yang seterusnya iaitu aktiviti 'Malam Kebudayaan'.







Teks : mfd
Foto : mfd
Read More