Selasa, 25 Oktober 2016

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2016 - Persiapan Gajet dan Hiasan Khemah [22 Oktober 2016]

             Pada hari kedua perkhemahan, program dimulakan dengan sarapan pagi dan taklimat ringkas mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan seterusnya. Setelah peserta-peserta selesai menjamu selera, mereka dikehendakki untuk berkumpul mengikut kumpulan khemah masing-masing bagi menjalankkan aktiviti seterusnya iaitu aktiviti 'Persiapan Gajet dan Hiasan Khemah'. Para peserta dibekalkan dengan alat-alatan yang diperlukan. Walaupun bertemankan cuaca yang amat panas, aktiviti yang dikelolakan oleh Cikgu Kenny beserta bantuan guru-guru yang lain ini masih lagi berjalan dengan lancarnya. Para peserta juga berjaya mempamerkan daya kreativiti yang tinggi disamping semangat kerjasama yang utuh di kalangan mereka.



    Teks: mfd
Gambar : mfd
About SK SUNGAI SEBATU, BARAM

Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu atau nama ringkasnya SK Sungai Sebatu, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Baram.Ditubuhkan pada tahun 1960, sekolah ini telah mencatatkan pelbagai sejarah dalam komuniti tempatan. Majoriti murid yang bersekolah di sini merupakan daripada etnik Iban dengan kadangkala terdapat enrolmen daripada murid etnik Kayan, Kenyah dan Cina. Kepelbagaian kaum dalam kalangan pendidiknya telah memberikan pelbagai dimensi dalam pengalaman pembelajaran murid sejak 1960.

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan