Jumaat, 7 Oktober 2016

Pertandingan Bintang Kecil 2016 (05 Oktober 2016)


      Pada 5 Oktober yang lalu, pihak panitia muzik Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu telah menganjurkan Pertandingan Bintang Kecil peringkat sekolah bagi tahun 2016. Tujuan pertandingan nyanyian ini dijalankan adalah untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang nyanyian. Di samping itu, pertandingan ini juga diharap dapat menjadi platform untuk para pelajar meningkatkan keyakinan terhadap diri masing-masing. Berikut merupakan beberapa detik yang sempat dirakam sepanjang pertandingan ini dijalankan.

Adik Scott dan Eva sebagai pengacara majlis bagi pertandingan ini.
Cg Ina dan Cg Ulfa dengan pakaian bertemakan Rock hadir sebagai juri pertandingan.
Adik Subuh berjaya memukau penonton dengan suara serak-serak basahnya.
Cg. Hafizi dan Cg. Fattah juga merupakan juri bagi pertandingan ini.
Adik Siti menyampaikan lagunya dengan penuh penghayatan.
Jelingan mata ~
Murid-murid SKSS dengan gaya tersendiri.
Adik Baong tampil menawan di pentas pertandingan.
Adik Ribai dengan persembahan yang sangat bersahaja dan menghiburkan.
Para peserta melakukan persembahan yang terbaik untuk merebut hadiah yang ditawarkan.
Para ibu bapa yang turut hadir bagi memeriahkan pertandingan ini lagi.
Sebelum keputusan diumumkan, para hadirin dihiburkan dengan persembahan daripada wakil ibu bapa dan dihidangkan dengan jamuan ringkas.
Para pemenang menerima hadiah daripada wakil guru dan PIBG.
Guru-guru wanita dan murid-murid SKSS mengambil peluang untuk mengabdikan memori bersama.

Teks: mfd
Foto : mfd
                                                                  
About SK SUNGAI SEBATU, BARAM

Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu atau nama ringkasnya SK Sungai Sebatu, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Baram.Ditubuhkan pada tahun 1960, sekolah ini telah mencatatkan pelbagai sejarah dalam komuniti tempatan. Majoriti murid yang bersekolah di sini merupakan daripada etnik Iban dengan kadangkala terdapat enrolmen daripada murid etnik Kayan, Kenyah dan Cina. Kepelbagaian kaum dalam kalangan pendidiknya telah memberikan pelbagai dimensi dalam pengalaman pembelajaran murid sejak 1960.

You Might Also Like

1 ulasan: