Khamis, 20 Oktober 2016

Fashion Show SKSS 2016 (19 Oktober 2016)

             Pada 19 Oktober 2016 yang lalu, buat julung-julung kalinya, pihak Pusat Sumber Sekolah bersama dengan Persatuan Bahasa Malaysia dan Pendidikan Moral telah menganjurkan pertandingan "Fashion Show" peringkat sekolah bertempat di kelas Tahun 6.Pertandingan ini yang disertai oleh semua murid SK Sungai Sebatu telah berjaya dilansungkan dengan jayanya. Semua murid berjaya mempamerkan daya kreativiti dan keyakinan diri yang tinggi dalam memperagakan pakaian masing-masing. Di akhir pertandingan ini, adik Alvince Fernandez telah diangkat sebagai juara bagi kategori lelaki dan adik Christina Tiong pula diangkat sebagai juara bagi kategori murid perempuan. Diharap pertandingan seperti ini dapat diadakan lagi di masa akan datang.




foto : mfd
About SK SUNGAI SEBATU, BARAM

Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu atau nama ringkasnya SK Sungai Sebatu, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Baram.Ditubuhkan pada tahun 1960, sekolah ini telah mencatatkan pelbagai sejarah dalam komuniti tempatan. Majoriti murid yang bersekolah di sini merupakan daripada etnik Iban dengan kadangkala terdapat enrolmen daripada murid etnik Kayan, Kenyah dan Cina. Kepelbagaian kaum dalam kalangan pendidiknya telah memberikan pelbagai dimensi dalam pengalaman pembelajaran murid sejak 1960.

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan