Jumaat, 1 Januari 2016

Keputusan UPSR SK Sg Sebatu, Baram 2015

Tahun 2015 menyaksikan kejayaan yang amat bermakna buat warga SK Sungai Sebatu, Baram apabila keputusan UPSR pada tahun tersebut merupakan antara yang terbaik yang pernah dicatatkan dalam sejarah sekolah sejak penubuhannya pada tahun 1960. Dengan GPS 1.25, SK SG Sebatu, Baram menduduki tangga pertama sebagai sekolah terbaik UPSR bagi Daerah Baram untuk tahun 2015. Bukan itu sahaja, SK Sungai Sebatu, Baram juga menduduki tempat kedua bagi Bahagian Miri di belakang SK SG Kelabit, Miri. Dalam negeri Sarawak pula, sekolah ini menduduki tempat ke lima. Kejayaan ini merupakan hasil usaha para guru, murid – murid dan juga ibu bapa yang telah bertungkus-lumus memastikan kejayaan ini.  Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga SK Sg Sebatu, Baram! 

Read More