Ahad, 21 Ogos 2016

Pengagihan Tablet HUAWEI Mediapad 7.0 & taklimat aplikasi e-Tutor Guru [21 Ogos 2016]

Pada 21 Ogos 2016, pihak sekolah berbesar hati menerima pemberian percuma 10 tablet jenama HUAWEI Mediapad 7.0 kepada semua guru SK Sungai Sebatu, Baram. Proses pengagihan telah dijalankan di Institut Latihan Perindustrian Miri bermula jam 8.30 pagi. SK Sungai Sebatu, Baram telah diwakili oleh dua orang untuk mengambil tablet iaitu Cikgu Mohd Farhad dan Cikgu Ziham Zawawi. Pihak Utusan juga telah memberikan taklimat berkenaan aplikasi e-Tutor Guru yang boleh digunakan sebagai salah satu sumber pengajaran dan pembelajaran. Terima kasih diucapkan kepada pihak Utusan Malaysia, Securiforce, Kementerian Pendidikan Malaysia dan beberapa pihak lain yang terlibat dan bertungkus lumus menjayakan program ini. Akhir kata, terima kasih daun keladi, kalau ada berilah lagi.

Gembira Cikgu Ziham menerima tablet baharu. 


Tablet diasingkan mengikut sekolah. Setiap tablet telah dilabelkan nama mengikut nama guru dan sekolah. 


Pengagihan dijalankan di Dewan Utama, Institut Latihan Perindustrian Miri. 


Taklimat pengoperasian tablet HUAWEI Mediapad 7.0 dan taklimat penataran aplikasi e-Tutor Guru serta akhbar atas talian Utusan Malaysia oleh wakil dari Utusan Malaysia. 



Teks: Ziham Zawawi Mazlan
Foto: Mohd Farhad Daud
About SK SUNGAI SEBATU, BARAM

Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu atau nama ringkasnya SK Sungai Sebatu, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Baram.Ditubuhkan pada tahun 1960, sekolah ini telah mencatatkan pelbagai sejarah dalam komuniti tempatan. Majoriti murid yang bersekolah di sini merupakan daripada etnik Iban dengan kadangkala terdapat enrolmen daripada murid etnik Kayan, Kenyah dan Cina. Kepelbagaian kaum dalam kalangan pendidiknya telah memberikan pelbagai dimensi dalam pengalaman pembelajaran murid sejak 1960.

You Might Also Like

2 ulasan: