Isnin, 15 Ogos 2016

Program Smartpartnership [12 - 14 Ogos 2016]

Program Smartpartnership merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh SK Morek dengan jemputan diberikan kepada SK Sungai Sebatu dan SK Long Ikang. Bagi tahun 2016, program ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula 12 - 14 Ogos 2016. Kontinjen dari SK Sungai Sebatu terdiri daripada empat orang murid tahun 6 iaitu adik Carreyn Nara ak Babang, John Liah ak Nari, Daniel Wan Anyi dan Emen Gazes ak Jonathan manakala guru pula diwakili oleh Cikgu Farhad, Cikgu Ziham, Cikgu Aini Ulfa, Cikgu Ina dan Cikgu Ina. 

Selama 3 hari 2 malam, murid telah menduduki ujian bagi enam kertas UPSR iaitu BM Pemahaman & Penulisan, BI Pemahaman & Penulisan, Sains dan Matematik. Kertas soalan telah disediakan oleh guru - guru yang mengikuti program ini. Bagi SK Sungai Sebatu, Cikgu Ziham telah menyediakan Kertas Matematik 2, Cikgu Farhad telah menyediakan Kertas BI Pemahaman manakala Cikgu Hafizi telah menyediakan Kertas BM Pemahaman. Selepas murid menduduki kesemua kertas, sesi penandaan dijalankan diikuti oleh sesi perbincangan dan ceramah. Cikgu Farhad telah memberi ceramah bagi subjek BI manakala Cikgu Ziham pula telah memberikan ceramah bagi subjek Matematik. 

Pada hari terakhir, majlis penangguhan telah dijalankan. Cik Ramylah, GPK Kokurikulum dan Encik Hendrick, GPK 1 telah memberikan ucapan bagi pihak SK Morek selaku penganjur. Hadiah dan sijil telah diberikan kepada semua peserta dan guru yang telah terlibat. Adik Emen Gazes telah menggondol tempat ke-3 terbaik daripada keseluruhan murid yang menduduki ujian ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Emen. Adalah diharapkan agar adik Emen dan murid - murid tahun 6 yang lain akan berusaha lebih keras lagi bagi menempuh UPSR yang bakal tiba.  

Murid - murid tahun 6 yang baru tiba di SK Morek. 


 Cikgu Farhad sedang menyampaikan ceramahnya.










 Sesi mandi beramai - ramai. Murid dari Morek, Long Ikang dan Sebatu dapat mengenali antara satu sama lain di samping mengeratkan hubungan silaturahim. 


Barisan guru dari SK Sungai Sebatu, SK Morek dan SK Long Ikang serta murid yang terlibat. Tidak lupa juga kepada PT, PO dan PPM SK Morek yang turut menyumbang bakti. 


Teks: Ziham Zawawi (SK Sungai Sebatu)
Foto: Aini Ulfa, Athira, Ina (SK Sungai Sebatu)
Raihan Abd Halim (SK Morek)
About SK SUNGAI SEBATU, BARAM

Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu atau nama ringkasnya SK Sungai Sebatu, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Baram.Ditubuhkan pada tahun 1960, sekolah ini telah mencatatkan pelbagai sejarah dalam komuniti tempatan. Majoriti murid yang bersekolah di sini merupakan daripada etnik Iban dengan kadangkala terdapat enrolmen daripada murid etnik Kayan, Kenyah dan Cina. Kepelbagaian kaum dalam kalangan pendidiknya telah memberikan pelbagai dimensi dalam pengalaman pembelajaran murid sejak 1960.

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan