Khamis, 21 November 2013

Kelas Tambahan Matematik Tahun 6 - Panitia Matematik 2013


Sepanjang tahun 2013, kelas tambahan darjah 6 bagi mata pelajaran matematik telah diadakan. Aktiviti kelas tersebut telah berjalan dengan lancar sehingga minggu – minggu terakhir sebelum UPSR 2013. Berikut merupakan jadual kelas tambahan matematik tahun 6:


SESI PAGI
(8.00 pg – 10.00 pg)

SESI PETANG
(3.00 ptg – 5.00 ptg)
SESI MALAM
(7.00 mlm  - 8.30 mlm)
ISNIN
-
Cikgu Jeffley Jantan
-
SELASA
-
-
Cikgu Ziham Zawawi
SABTU
Cikgu Che Abdul Razak
-
-
AHAD
-
-
Cikgu Wan Ahmad Firdaus
Read More

Aktiviti Bacaan Sifir - Panitia Matematik 2013

     Matlamat utama aktiviti bacaan sifir ini adalah untuk menekankan peri pentingnya fakta asas darab dalam pengiraan matematik dan memastikan semua murid terutamanya murid tahap 2 memahami fakta asas darab dari aspek prinsip, falsafah dan isi kandungan. Aktiviti bacaan sifir ini dijalankan pada setiap pagi pada waktu perhimpunan rasmi dan perhimpunan harian. Dalam aktiviti ini, seorang wakil murid dari setiap tahun akan tampil ke hadapan untuk membaca tanpa melihat nota fakta asas darab yang telah dipilih oleh mereka.

       Fakta asas darab yang perlu mereka hafal melibatkan fakta asas darab sifir 2 sehingga sifir 12. Sepanjang tahun 2013, aktiviti ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Aktiviti ini dilihat telah memberi kesan positif kepada tahap pencapaian murid dalam subjek matematik. Murid – murid semakin cekap dan pantas menjalankan algoritma matematik yang melibatkan fakta asas darab. 



Read More