Khamis, 21 November 2013

Aktiviti Bacaan Sifir - Panitia Matematik 2013

     Matlamat utama aktiviti bacaan sifir ini adalah untuk menekankan peri pentingnya fakta asas darab dalam pengiraan matematik dan memastikan semua murid terutamanya murid tahap 2 memahami fakta asas darab dari aspek prinsip, falsafah dan isi kandungan. Aktiviti bacaan sifir ini dijalankan pada setiap pagi pada waktu perhimpunan rasmi dan perhimpunan harian. Dalam aktiviti ini, seorang wakil murid dari setiap tahun akan tampil ke hadapan untuk membaca tanpa melihat nota fakta asas darab yang telah dipilih oleh mereka.

       Fakta asas darab yang perlu mereka hafal melibatkan fakta asas darab sifir 2 sehingga sifir 12. Sepanjang tahun 2013, aktiviti ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Aktiviti ini dilihat telah memberi kesan positif kepada tahap pencapaian murid dalam subjek matematik. Murid – murid semakin cekap dan pantas menjalankan algoritma matematik yang melibatkan fakta asas darab. 



About SK SUNGAI SEBATU, BARAM

Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu atau nama ringkasnya SK Sungai Sebatu, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Baram.Ditubuhkan pada tahun 1960, sekolah ini telah mencatatkan pelbagai sejarah dalam komuniti tempatan. Majoriti murid yang bersekolah di sini merupakan daripada etnik Iban dengan kadangkala terdapat enrolmen daripada murid etnik Kayan, Kenyah dan Cina. Kepelbagaian kaum dalam kalangan pendidiknya telah memberikan pelbagai dimensi dalam pengalaman pembelajaran murid sejak 1960.

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan