Ahad, 16 Ogos 2015

Program Smartpartnership [14 - 16 Ogos 2015]

Program Smart Partnership ini merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan oleh SK Morek. Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk melihat tahap kesediaan murid Tahun 6 bagi 3 buah sekolah yang terlibat untuk menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan berlangsung dalam bulan September. Sekolah yang terlibat adalah SK Morek sebagai tuan rumah bersama SK Long Ikang dan SK Sungai Sebatu sebagai sekolah jemputan. Program ini telah diadakan pada 14 hinga 16 Ogos 2015 bertempat di SK Morek.
Program Smart Partnership ini telah dilaksanakan dalam 2 bentuk utama iaitu Sesi Ujian dan Sesi Perbincangan dan Pembetulan Soalan Ujian mengikut format UPSR. Pelaksanaan program ini juga adalah untuk mengukuhkan lagi pemahaman murid akan bentuk-bentuk soalan dalam format UPSR yang betul. Selain itu, cara-cara menjawab bentuk soalan UPSR dengan betul turut didedahkan kepada murid-murid sewaktu sesi perbincangan dan pembetulan kertas ujian bagi setiap mata pelajaran.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah :

  • -       Ujian Bahasa Melayu Kertas 1
  • -       Ujian Bahasa Melayu Kertas 2
  • -       Ujian Matematik
  • -       Ujian Bahasa Inggeris
  • -       Ujian Sains
  • -       Sesi perbincangan dan pembetulan Bahasa Melayu Kertas 1
  • -       Sesi perbincangan dan pembetulan Bahasa Melayu Kertas 2
  • -       Sesi perbincangan dan pembetulan Matematik
  • -       Sesi perbincangan dan pembetulan Bahasa Inggeris
  • -       Sesi perbincangan dan pembetulan Sains

Semua murid tahun 6 bagi setiap sekolah terlibat secara langsung bagi menjayakan program ini. Program ini tambahan pula adalah satu program tahunan yang dianjurkan oleh SK Morek bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara sekolah yang terlbat di samping melihat tahap kecemerlangan pelajar dalam setiap mata pelajaran UPSR.

Laporan Harian 
Hari pertama
Pada hari pertama, rombongan dari SK Sungai Sebatu tiba di sekolah tuan rumah program pada pukul 10.45 pagi. Sementara menunggu sesi pendaftaran bermula pada jam 2.00 petang, murid dan guru SK Sungai Sebatu diberi tempat penginapan dan berehat.
Program hari ini bermula dengan sesi pendaftaran pada jam 2.00 petang dan seterusnya pada jam 3.00 petang dengan sesi taklimat ringkas berkaitan program. Seterusnya, sesi ice breaking diteruskan untuk peserta. Peserta yang pada mulanya nampak malu antara satu sama lain akhirnya semakin mesra dan mengenali antara satu sama lain. Sesi petang berakhir pada jam 5.00 petang. Murid dibenarkan untuk membuat persiapan diri dan makan malam.
Sesi malam bermula pada jam 7.15 petang dimana murid menjalani ujian bahasa Melayu Kertas 1 sehingga jam 8.05 malam. Kemudian, murid menjalani ujian bahasa Inggeris Kertas 1 pada jam 8.20 malam hingga jam 9.10 malam. Setelah dua sesi ujian ini berakhir, peserta program menikmati sedikit jamuan ringan dan kembali ke tempat penginapan untuk berehat dan tidur.

Hari kedua
Sesi pagi ini bermula dengan sarapan pagi pada jam 6.30 pagi hingga jam 7.00 pagi. Seterusnya peserta program menjalani Ujian Bahasa Melayu Kertas 2 dan Ujian Bahasa Inggeris Kertas 2. Seusai sahaja kedua-dua ujian, peserta program dibenarkan berehat  selama setengah jam untuk minum pagi pada jam 10.00 pagi hingga jam 10.30 pagi. Kemudian, sesi pagi disambung lagi dengan Ujian Matematik Kertas 1 dan Kertas 2 dari jam 10.45 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengah hari. Kesemua sesi ujian ini dipantau oleh guru-guru dari ketiga-tiga buah sekolah yang terlibat berpandukan jadual pengawasan mengikut subjek masing-masing.
            Pada jam 12.45 tengah hari hingga jam 2.45 petang, peserta program dibenarkan untuk berehat di asrama, makan tengahari di dewan makan serta membuat persiapan diri untuk sesi petang.
            Sesi petang bermula pada jam 3.00 petang dengan Ujian Sains selama 1 jam 15 minit yang berakhir pada jam 4.15 petang. Sesi petang diteruskan dengan sesi riadah bersama-sama semua peserta program. Untuk peserta lelaki, mereka dibenarkan bermain bola sepak bersama guru lelaki dan untuk peserta perempuan, mereka dibenarkan untuk bermain bola beracun sambil diawasi oleh guru yang bertugas. Usai sahaja riadah, semua peserta kembali ke asrama untuk persiapan diri dan makan malam.
            Untuk sesi malam yang bermula pada jam 7.45 malam, semua peserta program terlibat dengan sesi perbincangan dan pembetulan soalan ujian Bahasa Melayu yang telah mereka jawab sebelum ini. Mereka juga turut didedahkan dengan cara-cara untuk menjawab soalan ujian Bahasa Melayu dengan betul. Sesi malam ini tamat pada jam 9.00 malam. Semua peserta menikmati sedikit jamuan ringan dan masuk tidur.

Hari Ketiga
Pada hari ini, sesi perbincangan dan pembetulan kertas ujian diteruskan dengan subjek Bahasa Inggeris pada jam 7.15 pagi hingga jam 8.30 pagi. Kemudian sesi perbincangan diteruskan lagi dengan subjek Matematik hingga jam 9.45 pagi. Pada jam 9.45 pagi, murid berehat seketika  untuk minum pagi hingga jam 10.15 pagi. Kemudian sesi diteruskan lagi dengan perbincangan dan pembetulan kertas ujian Sains. Perbincangan tamat pada jam 11.30 pagi. Semua peserta dikehendaki bersedia untuk Majlis Penangguhan Program Smart Partnership.
            Majlis Penangguhan Program Smart Partnership dimulakan pada jam 11.45 pagi yang dirasmikan oleh En Raymond Lagang, guru besar SK Morek. Setelah itu, upacara penyampaian piala, hadiah dan sijil telah disampaikan kepada semua peserta yang telah medapat keputusan yang cemerlang dalam semua ujian yang telah dijalankan. Majlis tamat pada jam 12.30 tengahari.
            Semua peserta program ke dewan makan untuk makan tengahari. Sejurus selesai makan, semua peserta bersiap sedia untuk kembali ke sekolah masing-masing pada jam 2.00 petang.

Pencapaian murid
Terbaik Pemahaman           : Angellie Puyong Jok (SK Morek)
                                                : Eric Liham David (SK Morek)
                                                : Jasnitha Janie Ak Enturan (SK SG Sebatu)
Terbaik Penulisan               : Kennedy Osiris Lanang (SK SG Sebatu)
Terbaik Matematik                : Kennedy Osiris Lanang (SK SG Sebatu)
Terbaik Sains                       : Kennedy Osiris Lanang (SK SG Sebatu)
Terbaik Bahasa Inggeris    : Kennedy Osiris Lanang (SK SG Sebatu)
Kedudukan 5 terbaik          
1)         Kennedy Osiris Lanang (SK SG Sebatu) – 4A 1B
2)         Allson Remong Ak William (SK SG Sebatu) – 2A 3B
3)         Jasnitha Janie Ak Enturan (SK SG Sebatu) – 1A 4B
4)         Angellie Puyong Jok (SK Morek) – 2A 2B 1C
5)         Bradley Balan Anak Jackson (SK Morek) – 4B 1C
Terbaik Keseluruhan          : Kennedy Osiris Lanang (SK SG Sebatu)

Kontinjen SK Sungai Sebatu, Baram yang terdiri daripada Annie ak Salim, Kennedy Osiris Lanang ak Michel, Allson Remong ak William, Jasnitha Janie ak Enturan (murid-duduk dari kiri), Cikgu Che Abdul Razak, Cikgu Qurratul Aini Ulfa, Cikgu Mohd Farhad, Cikgu Nurkhairizuhana dan Cikgu Ziham Zawawi (berdiri dari kiri). 


Semua guru dan murid dari SK Sungai Sebatu, SK Long Ikang dan SK Morek yang terlibat dalam menjayakan Program Smartpartnership 2015. 







Foto & Teks: Siti Qurratul Aini Ulfa
Read More