Selasa, 24 November 2015

Tarian Bollywood - Bole Chudiya - Kelab Kebudayaan

Kelab Kebudayaan SK Sungai Sebatu, Baram di bawah pimpinan Cikgu Ina dan Cikgu Aini Ulfa telah berjaya membimbing murid - murid SK Sungai Sebatu, Baram untuk membuat persembahan Tarian Bollywood sempena Majlis Anugerah Cemerlang SKSS 2015. Penat lelah guru dan murid terbalas apabila memdapat tepukan dan sorakan yang gemuruh daripada tetamu yang hadir. Murid yang terlibat adalah murid - murid Tahun 1 hingga Tahun 6 yan menyertai Kelab Kebudayaan. Aktiviti ini dianggap sebagai satu pendedahan budaya yang baik kepada murid - murid SKSS kerana mereka belajar dan mendalami kebudayaan lain yang tidak terdapat di tempat mereka. Syabas dan tahniah diucapkan kepada guru dan murid Kelab Kebudayaan SKSS.


Link YouTube video persembahan.
https://www.youtube.com/watch?v=2pyi8iWDbJc


Disediakan oleh: Ziham Zawawi
Video oleh: Qurratul Aini Ulfa
Koreografi oleh: Qurratul Aini Ulfa & Nurkharizuhana
Read More

Ahad, 1 November 2015

Juara Bintang Kecil Zon Baram Tengah 2015 - Scott Nixon ~Layar Impian-Ella

Adik Scott Nixon ak Michel murid Tahun 4 SK Sungai Sebatu, Baram telah berjaya memenangi Pertandingan Bintang Kecil Zon Baram Tengah bertempat di Long Lama, Baram. Kelunakan suara adik Scott membawakan lagu Layar Impian oleh Ella telah berjaya menambat hati para juri. Kejayaan adik Scott membolehkannya mewakili Zon Baram Tengah ke peringkat daerah Pertandingan Bintang Kecil yang diadakan di Marudi. Syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Scott!


Link video persembahan
https://www.youtube.com/watch?v=Kkx1CnYRdWg&feature=youtu.be



Disediakan oleh: Ziham Zawawi
Video oleh: Siti Qurratul Aini Ulfa
Read More

Rabu, 21 Oktober 2015

Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia [21 Oktober 2015]

Secara keseluruhannya program ini bolehlah dianggap berjaya. Penanda aras kejayaan ini adalah dari aspek  kelancaran  perjalanan program, pencapaian objektif dan prestasi para peserta. Kelancaran program ini adalah baik. Hal ini didorong oleh komitmen dan semangat kerjasama antara ahli jawatankuasa di samping sokongan dan dorongan dari pihak pentadbiran sekolah serta dari Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sk Sungai Sebatu, Baram.

Objektif utama program ini dianjurkan dapat di capai dengan jayanya. Biarpun terdpat segelintir murid yang kelihatan agak gugup, namun ia hanya bersifat sementara iaitu, di wal persembahan. Apabila perasaan gemuruh murid hilang, sedikit demi sedikit ketrampilan mereka teserlah sekaligus memberikan persembahan yang memberangsangkan. Secara keseluhannya, objektif tercapai.


Prestasi yang ditunjukkan para peserta juga menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun khususnya murid-murid tahap dua yang semakin menunjukkan kematangan dalam berbahasa. Hal ini mencerahkan peluang sekolah untuk memenangi pertandingan bercerita peringkat Zon yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.


Pemenang Kategori Tahap 1

Johan kategori Tahap 1 jatuh kepada adik Scott Nixon ak Michel dari Tahun 3

 Naib Johan kategori Tahap 1 jatuh kepada adik Xazier Muran ak Wilfred Geraman dari Tahun 2

Tempat ketiga kategori Tahap 1 jatuh kepada adik Eva Eldayana ak Jonathan dari Tahun 3

Pemenang Kategori Tahap 2

Johan kategori Tahap 2 jatuh kepada adik Jasnitha Janie ak Enturan dari Tahun 6

Naib Johan kategori Tahap 2 jatuh kepada adik Kennedy Osiris Lanang ak Michel dari Tahun 6

Tempat Ketiga kategori Tahap 2 jatuh kepada adik Emen Gazes ak Jonathan dari Tahun 5


Barisan hakim yang adil lagi bijaksana, En Ziham Zawawi, En Mohd Farhad, En Razak dan En Muhammad Hafizi selaku ketua hakim. 

Teks & foto: Nurkhairizuhana
Edit: Ziham Zawawi

Read More

Khamis, 8 Oktober 2015

Temasya Sukan Tahunan SK Morek [8 Oktober 2015]

Pada 8 Oktober 2015, SK Sungai Sebatu, Baram berbesar hati menerima jemputan ke Temasya Sukan Tahunan SK Morek 2015. SK Sungai Sebatu, Baram telah menghantar dua kuartet pelari iaitu pelari lelaki yang terdiri daripada Kennedy Osiris Lanang, Allson Remong, John Liah, Scott Nixon dan Xazier Muran manakala kuartet perempuan pula dibarisi oleh Annie, Munai, Eva Eldayana, Christiana Tiong dan Jasnitha Janie. Acara yang telah disertai adalah acara jemputan 4X100 dan 4X200 kategori lelaki dan perempuan. Antara guru pengiring yang telah turut sama menyertai temasya ini ialah En Goyang, En Ziham Zawawi, En Mohd Farhad, En Che Abdul Razak, En Muhammad Najmi, Cik Nurkhairizuhana dan Cik Siti Qurratul Aini Ulfa. 

Keputusan akhir telah menyaksikan kuartet lelaki telah menggondol emas bari kedua - dua kategori manakala kuartet perempuan menggondol emas bagi acara 4X100 dan perak bagi acara 4X200. Tidak ketinggalan juga kepada guru - guru pengiring yang telah menyertai acara staf terbuka 4X100 dan menggondol pingat emas. Pelari bagi kuartet staf terdiri daripada Cikgu Ziham, Cikgu Razak, Cikgu Ina dan Cikgu Aini Ulfa. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelari - pelari SK Sungai Sebatu, Baram semoga kejayaan ini dapat dikekalkan demi kemajuan bidang kokurikulum SK Sungai Sebatu, Baram. 
Read More

Ahad, 16 Ogos 2015

Program Smartpartnership [14 - 16 Ogos 2015]

Program Smart Partnership ini merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan oleh SK Morek. Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk melihat tahap kesediaan murid Tahun 6 bagi 3 buah sekolah yang terlibat untuk menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan berlangsung dalam bulan September. Sekolah yang terlibat adalah SK Morek sebagai tuan rumah bersama SK Long Ikang dan SK Sungai Sebatu sebagai sekolah jemputan. Program ini telah diadakan pada 14 hinga 16 Ogos 2015 bertempat di SK Morek.
Program Smart Partnership ini telah dilaksanakan dalam 2 bentuk utama iaitu Sesi Ujian dan Sesi Perbincangan dan Pembetulan Soalan Ujian mengikut format UPSR. Pelaksanaan program ini juga adalah untuk mengukuhkan lagi pemahaman murid akan bentuk-bentuk soalan dalam format UPSR yang betul. Selain itu, cara-cara menjawab bentuk soalan UPSR dengan betul turut didedahkan kepada murid-murid sewaktu sesi perbincangan dan pembetulan kertas ujian bagi setiap mata pelajaran.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah :

  • -       Ujian Bahasa Melayu Kertas 1
  • -       Ujian Bahasa Melayu Kertas 2
  • -       Ujian Matematik
  • -       Ujian Bahasa Inggeris
  • -       Ujian Sains
  • -       Sesi perbincangan dan pembetulan Bahasa Melayu Kertas 1
  • -       Sesi perbincangan dan pembetulan Bahasa Melayu Kertas 2
  • -       Sesi perbincangan dan pembetulan Matematik
  • -       Sesi perbincangan dan pembetulan Bahasa Inggeris
  • -       Sesi perbincangan dan pembetulan Sains

Semua murid tahun 6 bagi setiap sekolah terlibat secara langsung bagi menjayakan program ini. Program ini tambahan pula adalah satu program tahunan yang dianjurkan oleh SK Morek bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara sekolah yang terlbat di samping melihat tahap kecemerlangan pelajar dalam setiap mata pelajaran UPSR.

Laporan Harian 
Hari pertama
Pada hari pertama, rombongan dari SK Sungai Sebatu tiba di sekolah tuan rumah program pada pukul 10.45 pagi. Sementara menunggu sesi pendaftaran bermula pada jam 2.00 petang, murid dan guru SK Sungai Sebatu diberi tempat penginapan dan berehat.
Program hari ini bermula dengan sesi pendaftaran pada jam 2.00 petang dan seterusnya pada jam 3.00 petang dengan sesi taklimat ringkas berkaitan program. Seterusnya, sesi ice breaking diteruskan untuk peserta. Peserta yang pada mulanya nampak malu antara satu sama lain akhirnya semakin mesra dan mengenali antara satu sama lain. Sesi petang berakhir pada jam 5.00 petang. Murid dibenarkan untuk membuat persiapan diri dan makan malam.
Sesi malam bermula pada jam 7.15 petang dimana murid menjalani ujian bahasa Melayu Kertas 1 sehingga jam 8.05 malam. Kemudian, murid menjalani ujian bahasa Inggeris Kertas 1 pada jam 8.20 malam hingga jam 9.10 malam. Setelah dua sesi ujian ini berakhir, peserta program menikmati sedikit jamuan ringan dan kembali ke tempat penginapan untuk berehat dan tidur.

Hari kedua
Sesi pagi ini bermula dengan sarapan pagi pada jam 6.30 pagi hingga jam 7.00 pagi. Seterusnya peserta program menjalani Ujian Bahasa Melayu Kertas 2 dan Ujian Bahasa Inggeris Kertas 2. Seusai sahaja kedua-dua ujian, peserta program dibenarkan berehat  selama setengah jam untuk minum pagi pada jam 10.00 pagi hingga jam 10.30 pagi. Kemudian, sesi pagi disambung lagi dengan Ujian Matematik Kertas 1 dan Kertas 2 dari jam 10.45 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengah hari. Kesemua sesi ujian ini dipantau oleh guru-guru dari ketiga-tiga buah sekolah yang terlibat berpandukan jadual pengawasan mengikut subjek masing-masing.
            Pada jam 12.45 tengah hari hingga jam 2.45 petang, peserta program dibenarkan untuk berehat di asrama, makan tengahari di dewan makan serta membuat persiapan diri untuk sesi petang.
            Sesi petang bermula pada jam 3.00 petang dengan Ujian Sains selama 1 jam 15 minit yang berakhir pada jam 4.15 petang. Sesi petang diteruskan dengan sesi riadah bersama-sama semua peserta program. Untuk peserta lelaki, mereka dibenarkan bermain bola sepak bersama guru lelaki dan untuk peserta perempuan, mereka dibenarkan untuk bermain bola beracun sambil diawasi oleh guru yang bertugas. Usai sahaja riadah, semua peserta kembali ke asrama untuk persiapan diri dan makan malam.
            Untuk sesi malam yang bermula pada jam 7.45 malam, semua peserta program terlibat dengan sesi perbincangan dan pembetulan soalan ujian Bahasa Melayu yang telah mereka jawab sebelum ini. Mereka juga turut didedahkan dengan cara-cara untuk menjawab soalan ujian Bahasa Melayu dengan betul. Sesi malam ini tamat pada jam 9.00 malam. Semua peserta menikmati sedikit jamuan ringan dan masuk tidur.

Hari Ketiga
Pada hari ini, sesi perbincangan dan pembetulan kertas ujian diteruskan dengan subjek Bahasa Inggeris pada jam 7.15 pagi hingga jam 8.30 pagi. Kemudian sesi perbincangan diteruskan lagi dengan subjek Matematik hingga jam 9.45 pagi. Pada jam 9.45 pagi, murid berehat seketika  untuk minum pagi hingga jam 10.15 pagi. Kemudian sesi diteruskan lagi dengan perbincangan dan pembetulan kertas ujian Sains. Perbincangan tamat pada jam 11.30 pagi. Semua peserta dikehendaki bersedia untuk Majlis Penangguhan Program Smart Partnership.
            Majlis Penangguhan Program Smart Partnership dimulakan pada jam 11.45 pagi yang dirasmikan oleh En Raymond Lagang, guru besar SK Morek. Setelah itu, upacara penyampaian piala, hadiah dan sijil telah disampaikan kepada semua peserta yang telah medapat keputusan yang cemerlang dalam semua ujian yang telah dijalankan. Majlis tamat pada jam 12.30 tengahari.
            Semua peserta program ke dewan makan untuk makan tengahari. Sejurus selesai makan, semua peserta bersiap sedia untuk kembali ke sekolah masing-masing pada jam 2.00 petang.

Pencapaian murid
Terbaik Pemahaman           : Angellie Puyong Jok (SK Morek)
                                                : Eric Liham David (SK Morek)
                                                : Jasnitha Janie Ak Enturan (SK SG Sebatu)
Terbaik Penulisan               : Kennedy Osiris Lanang (SK SG Sebatu)
Terbaik Matematik                : Kennedy Osiris Lanang (SK SG Sebatu)
Terbaik Sains                       : Kennedy Osiris Lanang (SK SG Sebatu)
Terbaik Bahasa Inggeris    : Kennedy Osiris Lanang (SK SG Sebatu)
Kedudukan 5 terbaik          
1)         Kennedy Osiris Lanang (SK SG Sebatu) – 4A 1B
2)         Allson Remong Ak William (SK SG Sebatu) – 2A 3B
3)         Jasnitha Janie Ak Enturan (SK SG Sebatu) – 1A 4B
4)         Angellie Puyong Jok (SK Morek) – 2A 2B 1C
5)         Bradley Balan Anak Jackson (SK Morek) – 4B 1C
Terbaik Keseluruhan          : Kennedy Osiris Lanang (SK SG Sebatu)

Kontinjen SK Sungai Sebatu, Baram yang terdiri daripada Annie ak Salim, Kennedy Osiris Lanang ak Michel, Allson Remong ak William, Jasnitha Janie ak Enturan (murid-duduk dari kiri), Cikgu Che Abdul Razak, Cikgu Qurratul Aini Ulfa, Cikgu Mohd Farhad, Cikgu Nurkhairizuhana dan Cikgu Ziham Zawawi (berdiri dari kiri). 


Semua guru dan murid dari SK Sungai Sebatu, SK Long Ikang dan SK Morek yang terlibat dalam menjayakan Program Smartpartnership 2015. 







Foto & Teks: Siti Qurratul Aini Ulfa
Read More

Selasa, 10 Mac 2015

GOTONG ROYONG PSS 2015 [05 MAC 2015]

        Pada 05 Mac 2015 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti gotong-royong membaik pulih perpustakaan sekolah. Aktiviti ini merupakan satu usaha dari pihak sekolah dalam meningkatkan keceriaan, keselesaan dan tahap keselematan perpustakaan sebagai satu wadah ilmu dan berinformasi. 

  Sebelum aktiviti dijalankan, sedikit taklimat dan perkongsian idea telah diberikan oleh Cikgu Ziham selaku penyelaras pusat sumber sekolah. Aktiviti ini dimulakan dengan kerja-kerja mengosongkan perpustakaan sekolah. Aktiviti diteruskan dengan kerja mengecat dinding, membaik pulih lantai perpustakaan dan juga rak-rak buku. Kesungguhan, semangat dan sikap tanggungjawab yang proaktif
daripada para staf SKSS sepanjang aktiviti ini ternyata berbaloi apabila perpustakaan yang dulunya suram kini sudah ceria. 

ktiviti ini tamat pada pukul enam petang.Meskipun keletihan,masing-masing berasa gembira kerana dapat melihat kawasan sungai yang bersih dan cantik.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
ktiviti ini tamat pada pukul enam petang.Meskipun keletihan,masing-masing berasa gembira kerana dapat melihat kawasan sungai yang bersih dan cantik.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
      Aktiviti ini tamat pada pukul 6.00 petang. Meskipun keletihan, para staf yang terlibat tetap berasa gembira dengan hasil kerja masing-masing. Semoga segala usaha murni ini dapat merealisasikan impian dan matlamat sekolah dalam mewujudkan pusat sumber yang gemilang dan berinformasi. 

   Berikut merupakan beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa aktiviti ini dijalankan.


Suasana sebelum (kiri) dan selepas (kanan) perpustakaan SK Sungai Sebatu.




Disediakan oleh: Farhad Daud


    



Read More