Isnin, 17 Oktober 2016

Suasana Sekitar Sukan Zon Baram Tengah 2016 (15 Oktober 2016)

        
           Pada 12 Oktober yang lalu, pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu telah menghantar 4 orang muridnya bagi mewakili sekolah di temasya Sukan Zon Baram Tengah yang telah diadakan di SK Long Laput, Baram. Temasya sukan yang tamat pada 15 Oktober ini berjaya dilansungkan dengan jayanya. Para atlet dari SK Sungai Sebatu juga telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan merangkul 2 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 gangsa. Kejayaan yang telah berjaya dicapai ini diharap dapat menaikkan lagi semangat para murid dan juga guru SKSS untuk terus melangkah maju ke hadapan bukan sahaja dari segi akademik malahan juga dari segi kokurilum dan sahsiah muridnya. 






About SK SUNGAI SEBATU, BARAM

Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu atau nama ringkasnya SK Sungai Sebatu, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Baram.Ditubuhkan pada tahun 1960, sekolah ini telah mencatatkan pelbagai sejarah dalam komuniti tempatan. Majoriti murid yang bersekolah di sini merupakan daripada etnik Iban dengan kadangkala terdapat enrolmen daripada murid etnik Kayan, Kenyah dan Cina. Kepelbagaian kaum dalam kalangan pendidiknya telah memberikan pelbagai dimensi dalam pengalaman pembelajaran murid sejak 1960.

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan