Selasa, 12 April 2016

KM1M - Kem Membaca 1Malaysia [6-11 April 2016]

        LAPORAN PELAKSANAAN                                                              KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2016

NAMA SEKOLAH                  : SK SUNGAI SEBATU, BARAM
BIL. MURID TERLIBAT       : 18 orang

Bil.
Tarikh
Aktiviti
Cara Pelaksanaan
Sasaran
1.
6 April
Majlis Perasmian Program KM1M
Majlis perasmian dijalankan pada hari Rabu memandangkan Guru Besar tiada di sekolah pada hari Isnin dan Selasa atas urusan rasmi. Aktiviti dijalankan selama 30 minit bermula 6.40 pagi sehingga 7.10 pagi. Murid telah tiba di sekolah pada jam 6.00 pagi.

18 orang murid
2.
6 – 11 April
Aktiviti Bacaan Pagi
Dijalankan setiap hari dari jam 6.45 pagi sehingga 7.00 pagi. Murid membaca bahagian – bahagian daripada buku teks mengikut subjek yang telah ditetapkan setiap hari.

18 orang murid
3.
6 – 11 April
Nyanyian Lagu Nursery Rhymes & Lagu Patriotik
Lagu – lagu Nursery Rhymes & Lagu Patriotik dimainkan pada waktu rehat. Lirik – lirik ditampal di dalam kelas. 

18 orang murid
4.
4 April [Isnin]
Pertandingan Melukis Poster (Tahap 2)

Pertandingan Mewarna (Tahap 1)
Murid melukis poster dengan tema ‘Baca buku, buka dunia’.


Murid mewarnai templet yang diberikan guru dengan tema ‘Baca buku, buka dunia’.

11 orang murid

7 orang murid
5.
5 April [Selasa]
Amazing Race Sebatu 2016


Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. Mereka diberikan klu. Mereka perlu membaca klu, memahami petunjuk dan menyelesaikan tugasan pada setiap checkpoint.
18 orang murid
6.
6 April [Rabu]
Pertandingan Kuiz Lagu Patriotik



News Reading Competition
Murid diberikan lembaran dan diminta untuk menjawab seberapa banyak soalan kuiz berkenaan lagu – lagu patriotik Malaysia.

Murid dibekalkan dengan beberapa set teks berita dalam Bahasa Inggeris. Mereka perlu membaca berita tersebut sama seperti pembaca berita di Televisyen.

18 orang murid



18 orang murid
7.
7 April [Khamis]
Pertandingan Mempromosikan Makanan
Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. Mereka dibekalkan dengan beberapa makanan yang belum disiapkan untuk dihidang. Secara berkumpulan mereka perlu menghias makanan tersebut dan mempersembahkannya di hadapan hakim dengan memberikan penerangan tentang makanan tersebut.

18 orang murid
8.
9 April [Sabtu]
Pertandingan Membuat Fail Tegak (Program Literasi Maklumat)





Taklimat NILAM 2016



Taklimat Pengawas PSS
Sebelum pertandingan, guru menerangkan tentang konsep Fail Tegak menerusi tayangan M/S Powerpoint. Murid seterusnya dibahagikan kepada tiga kumpulan dan diberikan tema. Mereka perlu membaca akhbar dan membuat keratan untuk ditampal dalam Fail Tegak kumpulan mereka.

Kesemua murid diberikan taklimat berkenaan pelaksanaan program NILAM pada tahun ini oleh guru.

Lima orang murid telah dipilih untuk menjadi Pengawas PSS pada tahun ini. Kesemua mereka diberikan taklimat tentang perjalanan aktiviti Pengawas PSS bagi tahun 2016 dan perubahan – perubahan dalam peraturan – peraturan PSS.

18 orang murid







18 orang murid


5 orang murid
9.
11 April [Isnin]
Majlis Penutupan KM1M 2016
Majlis penutupan dijalankan pada waktu perhimpunan pagi. Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Guru Besar SK Sg Sebatu, En Goyang ak Bengkar.
18 orang murid



Gambar sepanjang pelaksanaan aktiviti boleh dirujuk pada Lampiran 1.

Disediakan oleh,

(ZIHAM ZAWAWI BIN MAZLAN)
Guru Perpustakaan & Media (Lantikan dalaman)
SK Sungai Sebatu, Baram


 PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER

AMAZING RACE SEBATU 2016

NEWS READING COMPETITION 

PERTANDINGAN MEMBUAT FAIL TEGAK (AKTIVITI LITERASI MAKLUMAT)


Disediakan oleh: Ziham Zawawi Mazlan
Foto oleh: Mohd Farhad Daud, Nurkhairizuhana & Ziham Zawawi
About SK SUNGAI SEBATU, BARAM

Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu atau nama ringkasnya SK Sungai Sebatu, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Baram.Ditubuhkan pada tahun 1960, sekolah ini telah mencatatkan pelbagai sejarah dalam komuniti tempatan. Majoriti murid yang bersekolah di sini merupakan daripada etnik Iban dengan kadangkala terdapat enrolmen daripada murid etnik Kayan, Kenyah dan Cina. Kepelbagaian kaum dalam kalangan pendidiknya telah memberikan pelbagai dimensi dalam pengalaman pembelajaran murid sejak 1960.

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan