Jumaat, 8 April 2016

Pertandingan Mempromosikan Makanan - Panitia BM [7 April 2016]

Pada 7 April 2016, panitia Bahasa Melaysia telah menjalankan Pertandingan Mempromosi Makanan peringkat sekolah. Pertandingan ini merupakan akiviti kedua anjuran Panitia Bahasa Melaysia pada tahun 2016 yang melibatkan semua guru dan murid SK Sungai Sebatu. Pertandingan yang diadakan di Dewan RMT ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada murid-murid. 
Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Sebatu telah mengadakan Pertandingan Mempromosi Makanan pada hari Khamis bersamaan 7 April 2016 bertempat di Dewan RMT Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu. Aktiviti ini telah disertai oleh semua murid SK Sungai Sebatu iaitu seramai 18 orang. Sebelum aktiviti ini dimulakan, guru telah mengagihkan murid-murid kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada murid Tahap 1 dan Tahap 2. Setiap ketua kumpulan diminta untuk mencabut undi untuk mendapatkan menu makanan kumpulan masing-masing. Menu yang disediakan bagi pertandingan ini ialah mi udang, sate dan mihun sup. Setiap kumpulan perlu menghias dan menhidangkan makanan mereka mengikut kreativiti sendiri.
Sewaktu aktiviti dijalankan, semua murid dikehendaki untuk berada di dalam kumpulan masing-masing. Aktiviti telah dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan syarat-syarat pertandingan daripada Cik Norkhairizuhana. Kemudian, murid diminta untuk mendapatkan bahan-bahan dan alatan yang diperlukan bagi setiap kumpulan. Murid-murid mestilah bekerjasama untuk menyiapkan tugasan yang diberi dalam kumpulan masing-masing.
Setelah siap menghias dan menghidang, setiap kumpulan perlu mempersembahkan hasil kerja kumpulan mereka. Mereka perlu melakonkan situasi untuk mempromosi menu makanan mereka kepada orang ramai. Penilaian telah dibuat oleh tiga orang hakim iaitu Encik Ziham Zawawi Mazlan, Encik Mohd Farhad Daud dan Encik Mohammad Hafizi Zaini.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN 
KEDUDUKAN
KUMPULAN
MENU
JOHAN
Kaki Kitai
Mi Udang Istimewa
NAIB JOHAN
C-Team
Mihun Sup Terlajak Laris
TEMPAT KETIGA
Dragon Ball
Sate Kenyalang

 Cikgu Hafizi, Cikgu Mohd Farhad dan Cikgu Ziham selaku juri mendengar pembentangan oleh setiap kumpulan. 


Salah satu hasil kerja murid.  

 Cikgu Ina selaku penyelaras pertandingan memberikan penerangan kepada peserta. 


Mi Udang Istimewa, salah satu hasil kerja murid. 



Teks: Nurkhairizuhana & Ziham Zawawi
Foto: Nurkhairizuhana
About SK SUNGAI SEBATU, BARAM

Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu atau nama ringkasnya SK Sungai Sebatu, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Baram.Ditubuhkan pada tahun 1960, sekolah ini telah mencatatkan pelbagai sejarah dalam komuniti tempatan. Majoriti murid yang bersekolah di sini merupakan daripada etnik Iban dengan kadangkala terdapat enrolmen daripada murid etnik Kayan, Kenyah dan Cina. Kepelbagaian kaum dalam kalangan pendidiknya telah memberikan pelbagai dimensi dalam pengalaman pembelajaran murid sejak 1960.

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan