Ahad, 1 Julai 2018

PROGRAM SILANG BUDAYA 2018 [29.06.2018]


               'Tak Kenal Maka Tak Cinta' merupakan satu peribahasa yang sering digunakan dalam masyarakat kita dan dapat diterapkan dalam usaha untuk mengeratkan perpaduan kaum di  Malaysia. Sejajar dengan ini, pada 29 Jun 2018 yang lepas, pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu Baram (SKSS) buat julung kalinya telah mengadakan Program Silang Budaya. 


           Program Silang Budaya bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai kebudayaan dan tradisi kaum yang terdapat di Kampung Sungai Sebatu disamping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan komuniti setempat. Ia juga merupakan salah satu aktiviti sarana yang telah dirancang oleh pihak SKSS.



Tepat jam 10.00 pagi, Cikgu Fattah selaku pengerusi majlis telah menjemput semua hadirin untuk berkumpul di Dewan Tahun 6. Majlis dimulakan dengan sepatah dua kata daripada Guru Besar, En. Goyang dan juga YDP PIBG, Puan Duri.



Program kemudiannya diteruskan dengan penerangan dan persembahan dari kumpulan 'Hari Gawai' dan diikuti dengan kumpulan 'Hari Raya'. Dalam sesi ini, wakil dari setiap kumpulan dikehendakki menerangkan serba sedikit mengenai tradisi perayaan kaum masing-masing.













Selesai sahaja persembahan daripada kedua-dua kumpulan, program diteruskan dengan sesi bertukar hadiah oleh para staf SKSS. Program diakhiri dengan jamuan Hari Raya dan Hari Gawai. 











Secara tuntasnya, Program Silang Budaya ini telah berjaya mencapai objektifnya. Pelbagai pengalaman baru dan tradisi kaum Iban dan Melayu terutamanya telah dikongsikan sepanjang program ini berlansung. Pihak SKSS mengucapkan ribuan terima kasih buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini tamat pada jam 1.00 petang. 

"KAMI TAK RAMAI, TAPI KAMI ADA"
Teks: mfd
Foto: mfd

About SK SUNGAI SEBATU, BARAM

Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu atau nama ringkasnya SK Sungai Sebatu, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Baram.Ditubuhkan pada tahun 1960, sekolah ini telah mencatatkan pelbagai sejarah dalam komuniti tempatan. Majoriti murid yang bersekolah di sini merupakan daripada etnik Iban dengan kadangkala terdapat enrolmen daripada murid etnik Kayan, Kenyah dan Cina. Kepelbagaian kaum dalam kalangan pendidiknya telah memberikan pelbagai dimensi dalam pengalaman pembelajaran murid sejak 1960.

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan