Selasa, 17 April 2018

Majlis Penutupan KM1M 18 '[16 April 2018]

     
       Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu dalam kalangan murid melalui pelbagai aktiviti berkaitan pembacaan. 

       Sehubungan dengan itu, bermula pada 9 April 2018, pihak SK. Sungai Sebatu telah menlancarkan Kem Membaca 1Malaysia di peringkat sekolah dan telah berakhir pada 16 April 2018 yang lepas. Pada hari tersebut, sebuah majlis ringkas telah diadakan sebagai simbolik berakhirnya KM1M di peringkat SKSS. Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil sepanjang majlis dijalankan.













 





 

"KAMI TAK RAMAI, TAPI KAMI ADA"
Teks: mfd
Foto: mfd

About SK SUNGAI SEBATU, BARAM

Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu atau nama ringkasnya SK Sungai Sebatu, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Baram.Ditubuhkan pada tahun 1960, sekolah ini telah mencatatkan pelbagai sejarah dalam komuniti tempatan. Majoriti murid yang bersekolah di sini merupakan daripada etnik Iban dengan kadangkala terdapat enrolmen daripada murid etnik Kayan, Kenyah dan Cina. Kepelbagaian kaum dalam kalangan pendidiknya telah memberikan pelbagai dimensi dalam pengalaman pembelajaran murid sejak 1960.

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan