Selasa, 10 Januari 2017

2017 : SEUNTAI KATA SEGUNUNG HARAPAN GURU BESAR


Syukur kerana dengan izin Tuhan kita dapat bersua kembali. Selamat Tahun Baharu diucapkan kepada semua warga sekolah SKSS. Kepada warga pendidik khususnya, kegemilangan dan kejayaan terus menerangi kehidupan kita semua yang mempunyai amanah besar untuk meningkatkan akses pendidikan berkualiti di sekolah kita. Marilah kita memperbaharui tekad dan menyuntik semangat baharu dalam melonjakkan kecemerlangan sekolah pada tahun 2017.

Merealisasikan visi dan misi SK Sungai Sebatu, Perancangan Strategik 2017 telah disediakan sebagai asas kepada semua warga sekolah untuk mencapai sasaran berasaskan Key Peformance Index ( KPI ) yang telah ditetapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. 

Komitmen dan kerjasama daripada semua pihak SKSS sangat diperlukan bagi menggarap anak bangsa kita menjadi modal insan yang diimpikan. Perjuangan belum selesai. Ayuhlah bersama-sama mengembleng usaha dan tenaga bersama buah fikiran yang matang dalam menjurus ketrampilan dan kecemerlangan di bumi keramat SKSS ini.
Jadikan medan ini sementara kita berupaya menggalas tugas dan tanggung jawab serta amanah besar ini untuk melihat kelangsungan generasi pewaris yang lebih gemilang agar tidak nanti kita semua dipersoalkan di sana nanti. 

”Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita, 
semalam adalah teladan dan untuk menghadapi hari esok 
jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedoman 
dalam menerokai sebuah penghidupan”
About SK SUNGAI SEBATU, BARAM

Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu atau nama ringkasnya SK Sungai Sebatu, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Baram.Ditubuhkan pada tahun 1960, sekolah ini telah mencatatkan pelbagai sejarah dalam komuniti tempatan. Majoriti murid yang bersekolah di sini merupakan daripada etnik Iban dengan kadangkala terdapat enrolmen daripada murid etnik Kayan, Kenyah dan Cina. Kepelbagaian kaum dalam kalangan pendidiknya telah memberikan pelbagai dimensi dalam pengalaman pembelajaran murid sejak 1960.

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan