Ahad, 26 Februari 2012

MSSR Bahagian Baram 2012

Tahinah kepada atlit-atlit dari SKSS yang terpilih mewakili Zon Baram Tengah dalam MSSR 2012 di Marudi baru-baru ini. Ternyata pemilihan yang tepat dilakukan oleh guru-guru yang berjaya memenangi pingat dan seterusnya mengharumkan nama sekolah. Kredit kepada PK KOKO Cg Faidullah Guru sukan Cg NorHabsah dan Cg Hafizi yang bertungkus lumus melatih atlit-atlit sehingga berjaya. Berikut adalah keputusan bagi acara-acara yang disertai dari murid SKSS:

Jennifer Muntai
Acara: Lontar Peluru
Kedudkan: 3(Gangsa)

Anggilie
Acara: Bola Tampar
Kedudukan: 2 (Perak)

Anggella Jara
Acara: 100m,200m, 4x100m
Pencapaian: 100m-1(Emas)
200m-1(Emas)
4x100-1(Emas)
Semua Rekod Kejohanan Dipecahkan.
Olahragawati Baram 2012

Jeffrey Ghani
Acara: Bola Sepak
Pencapaian: 1(Emas)

Wlfret Zat
Acara: Bola Sepak, Futsal
Pencapaian: Bola Sepak-1(Emas)
Futsal-2(perak)


                                                                                                                                        foto: by PERUS PHOTOGRAPHY


About SK SUNGAI SEBATU, BARAM

Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu atau nama ringkasnya SK Sungai Sebatu, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Baram.Ditubuhkan pada tahun 1960, sekolah ini telah mencatatkan pelbagai sejarah dalam komuniti tempatan. Majoriti murid yang bersekolah di sini merupakan daripada etnik Iban dengan kadangkala terdapat enrolmen daripada murid etnik Kayan, Kenyah dan Cina. Kepelbagaian kaum dalam kalangan pendidiknya telah memberikan pelbagai dimensi dalam pengalaman pembelajaran murid sejak 1960.

You Might Also Like

2 ulasan:

  1. tahniah pd adik anggilie,jeffery, wilfret zat, anjela jara & jeniffer muntai....tahniah juga utk warga SKSS..keep it up.....!!!!

    BalasPadam
  2. tahniah kepada guru yg berkorban masa, duit dan kulit...hahaha

    BalasPadam