Isnin, 1 Ogos 2011

Aktiviti Literasi Microsoft Word - Kelab Komputer [Jun November 2011]

Program 
Kemahiran menggunakan asas menaip dalam Microsoft Office.
Objektif
Menaip ayat-ayat yang mudah.
Tempoh
Julai hingga November
Kumpulan Sasaran 
Murid tahap dua
Guru Terlibat
Semua Guru Komputer
Proses Kerja

1.      Taklimat kepada murid.
2.      Guru menyediakan satu sudut paparan markah bagi setiap aliran.
3.      Laporan dan kajian bagi mengetahui tahap pelaksanaan , masalah dan  tindakan penambahbaikan.
4.      Laporan akhir untuk penilaian dan tindakan susulan.
Kekangan
1. Masalah kekangan bekalan elektrik yang sangat terhad.
2. Bilingan komputer yang masih berfungsi sangat sedikit.
3. Ruangan bilik yang kurang kondusif.
Kaedah Pemantauan
Pemantauan dilakukan oleh Guru Komputer
Penilaian
Aspek penilaian meliputi :
1.      Pengurusan dan persediaan sudut paparan.
2.      Kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan.
3.       Penglibatan guru.
4.      Laporan pemantauan.
Penambahbaikan
Setelah melaksanakan program ini, pemantauan, laporan dan kajian semasa akan diteliti bagi meningkatkan keberkesanan program. Penambahbaikan yang berterusan dilakukan bagi memotivasikan murid untuk belajar.
About SK SUNGAI SEBATU, BARAM

Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu atau nama ringkasnya SK Sungai Sebatu, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Baram.Ditubuhkan pada tahun 1960, sekolah ini telah mencatatkan pelbagai sejarah dalam komuniti tempatan. Majoriti murid yang bersekolah di sini merupakan daripada etnik Iban dengan kadangkala terdapat enrolmen daripada murid etnik Kayan, Kenyah dan Cina. Kepelbagaian kaum dalam kalangan pendidiknya telah memberikan pelbagai dimensi dalam pengalaman pembelajaran murid sejak 1960.

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan