Latar Belakang Sekolah
Sekolah Kebangsaan Sungai
Sebatu, Baram merupakan salah satu daripada 60 sekolah rendah yang terdapat di
Daerah Baram. Sebagai pengenalan ,sekolah ini di kategorikan dalam Zon Baram
Tengah. Sekolah ini terletak berdekatan dengan Long Lama iaitu pekan terdekat
bagi sekolah ini iaitu kira-kira dalam 3 kilometer atau 30 minit jalan darat.
Jarak sekolah ini dari Bandaraya Miri
ialah sejauh 150 kilometer atau 3 jam perjalanan. Pengangkutan utama
yang digunakan untuk keluar masuk ke sekolah ini ialah kenderaan pacuan empat
roda. Hal ini disebabkan oleh faktor permukaan jalan yang berlumpur atau lebih
dikenali sebagai “off road”.
Sekolah ini mula ditubuhkan
pada tahun 1960 yang diketuai oleh guru besar pada masa itu iaitu Cikgu Sat
anak Jingga. Sepanjang tahun 1970 dan
seterusnya sekolah beroperasi dengan menggunakan dana yang dikumpul sendiri.
Punca pendapatan sekolah pada masa ini ialah murid sekolah menawarkan khidmat
mengangkut air ke rumah panjang. Upah daripada perkhidmatan inilah digunakan
sebagai sumber pendapatan sekolah ini.
Bermula dari tahun
penubuhannya, hinggalah sekarang, sekolah ini telah berjaya menggondol beberapa
anugerah yang amat dibanggakan bagi sekolah kecil di pedalaman. Pencapaian itu
ialah terpilih dalam calon “New Deal” pada tahun 2012 dan 2015. Daripada
pencalonan ini, sekolah ini dengan bangganya dipilih sebagai sekolah yang
mendapat New Deal pada tahun 2013. Ianya merupakan satu pencapaian yang hebat
bagi sekolah kecil di pedalaman yang serba kekurangan dari pelbagai sudut.
Maklumat Sekolah
Kod Sekolah
| : | YBB4339 | ||||||
Nama Sekolah
| : | SK SUNGAI SEBATU | ||||||
No Pendaftaran Sekolah | : | Gred Sekolah | : | B | ||||
Jenis Sekolah
| : | 102 - SRK |
Sesi
| : | 1 - Pagi Sahaja | |||
Status Sekolah
| : | 10 - Beroperasi |
Peringkat Sekolah
| : | 11 - Rendah | |||
Jenis Bantuan | : | 1 - Sekolah Kerajaan | Jenis Murid | : | 3 - Lelaki dan Perempuan | |||
Lokasi Pendaftaran
| : | 2 - Luar Bandar |
Lokasi Semasa
| : | 2 - Luar Bandar | |||
Bahasa Penghantar
| : | A - Bahasa Melayu |
Tarikh Tubuh
| : |
01/01/1960
| |||
Status Bangunan | : | 1 - Bangunan sendiri |
Koordinat
| : | ||||
Label Sekolah | : | 7 - SKM ABM 16 - Pedalaman |
Lokasi Sekolah
0 comments:
Catat Ulasan