Rabu, 22 November 2017

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2017 [20 NOVEMBER 2017]

          Pada 20 November 2017 yang lalu, pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu telah melansungkan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang bertempat di kelas Tahun 6. Aktiviti ini bertujuan untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada semua murid SKSS yang telah bertungkus-lumus dalam mencapai keputusan yang cemerlang dalam segala bidang yang mereka ceburi.



          Tepat jam 8.00 pagi, semua jemputan telah hadir dan majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Ibu Pertiwiku dan lagu sekolah. 
          Majlis kemudiannya, diteruskan lagi dengan ucapan dan nasihat daripada tuan guru besar, En. Goyang ak Bengkar dan juga YDP PIBG, Pn. Duri ak Atek.



          Selesai sahaja ucapan daripada Pn. Duri , majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum berdasarkan keputusan PKSR 2 dan PKSR 4. Majlis turut diceriakan dengan beberapa persembahan selingan daripada murid-murid SKSS dan juga acara cabutan bertuah.









          Berikut merupakan beberapa keping gambar yang sempat dirakam semasa persembahan 'Tarian Kipas' oleh murid-murid SKSS. Persembahan ini berada bawah bimbingan Cikgu Ulfa, Cikgu Athira, Cikgu Ina dan Cikgu Nantai
 





           Acara cabutan bertuah turut menjadi penyeri majlis apabila ramai ibu bapa dan murid yang begitu teruja dengan hadiah-hadiah yang disediakan.




 






          Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian moden yang dikelolakan oleh Cikgu Athira, Cikgu Nantai, Cikgu Ulfa dan Cikgu Ina. Selain itu, terdapat juga beberapa persembahan lain yang telah dipersembahkan oleh murid-murid SKSS dengan begitu bersemangat dan menarik.








 


          Majlis ini akhirnya tamat pada jam 1.30 petang dan para tetamu dijemput menikmati juadah yang telah disediakan. Kesimpulannya, dapat saya katakan bahawa majlis ini telah berlansung dengan lancar dan meriah sekali. Para jemputan begitu terhibur dengan pelbagai persembahan yang telah dipersembahkan oleh anak-anak mereka. Diharapkan agar majlis ini dapat mendorong para murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.

         Sejurus tamat semua aktiviti, para guru dan murid meluangkan sedikit masa untuk sesi bergambar. Berikut merupakan beberapa keping gambar yang sempat dirakam semasa sesi tersebut.






TEKS: mfd
FOTO: mfd


Read More

Ahad, 19 November 2017

Video Murid Tahun 6 (2017) - 'Maafkan Cikgu'




Read More

Jumaat, 13 Oktober 2017

HIP Programme - The Amazing Race 17' [11 Oktober 2017]

           
Pada 11 Oktober 2017 yang lalu, satu aktiviti yang diberi nama 'The Amazing Race' telah diadakan. Aktiviti yang dijalankan dengan usahasama daripada Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Melayu, Panitia PJK, Panitia Matematik dan Panitia P.Moral ini juga merupakan salah satu aktiviti di bawah program 'Highly Immersive Programme' (HIP). Para ibu bapa turut dijemput hadir untuk turut serta dan menyerikan lagi aktiviti ini.

Aktiviti pada pagi itu dimulakan dengan program senamrobik yang dikelolakan oleh Cikgu Abdul Fattah selaku ketua Panitia PJK. 
 

 


 Para ibu bapa turut serta dalam memeriahkan lagi suasana pada pagi itu.



Setelah selesai senamrobik, barulah program 'The Amazing Race' dimulakan. Murid dikehendakki bergerak ke stesen berkenaan dalam kumpulan. Setiap kumpulan haruslah menyelesaikan tugasan yang diberi di setiap stesen. Berikut merupakan aksi-aksi para peserta yang sempat dirakam sepanjang aktiviti ini dijalankan.















Semua kumpulan selesai menyempurnakan tugasan mereka sekitar jam 10 pagi. Aktiviti diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh Guru Besar, En. Goyang ak Bengkar.




Teks: mfd
Foto: mfd
Read More