Bertarikh 01 Januari 2014 (Rabu), pelaksanaan Hari Pendaftaran bagi murid tahun 1 sesi 2014 diadakan. Aktiviti yang bermula seawal jam 8.00 pagi tersebut dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa yang turut menemani anak masing-masing ke sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar, En. Jeffley Jantan. Seterusnya, Cik Khairizuhana selaku ketua Program Transisi mengetuai pemberian taklimat tentang proses pengajaran-pembelajaran anak-anak mereka kepada ibu bapa. Ini diteruskan dengan sesi pengisian borang maklumat ibu bapa dan murid.
Cik Nurkhairizuhana selaku guru kelas Tahun 1 memberi taklimat ringkas kepada para ibu bapa. |
Guru-guru bertungkus-lumus menyediakan buku-buku teks yang akan diserahkan kepada murid-murid Tahun 1. |
Majlis ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan hubungan dua hala yang baik antara ibu bapa dan pihak sekolah. Ia juga diadakan sebagai usaha pihak sekolah mendapatkan maklum balas ibu bapa tentang persediaan yang sepatutnya mereka lakukan menjelang persekolahan anak-anak mereka pada tahun hadapan. Majlis ini turut digunakan sepenuhnya oleh pihak sekolah untuk menyampaikan informasi-informasi terbaharu tentang sesi persekolahan tahun hadapan.
0 comments:
Catat Ulasan