Program yang berlansung selama 2 hari ini akhirnya tamat pada 23 Oktober 2016. Pada hari tersebut, para peserta diminta untuk berkumpul di dewan sekolah setelah selesai bersarapan. Aktiviti dimulakan dengan sedikit refleksi dan taklimat ringkas yang daripada kem komanden iaitu Cikgu Fattah. Program diteruskan dengan pemberian hadiah kepada para pemenang bagi semua aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini. Setiap ketua kumpulan juga diminta untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang diperolehi sepanjang perkhemahan ini.
Selesai sahaja aktiviti di dewan, semua peserta diminta untuk mengemaskan tapak perkhemahan. Menjelang tengah hari, semua aktiviti telah selesai dijalankan meskipun dalam keadaan hujan. Ternyata rata-rata peserta yang terlibat telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam menjayakan program ini sejak dari mula hingga ke saat-saat terakhir program ini. Kerjasama daripada pihak guru dan juga penduduk kampung juga amat bermakna dalam menjayakan perkhemahan ini.
Diharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam usaha untuk melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek rohani, emosi, jasmani, intelek dan sahsiah. Sekali lagi, sebagai tuan rumah, pihak SK Sungai Sebatu ingin meminta maaf jika terdapat sebarang kekurangan sepanjang perkhemahan ini dijalankan. Ribuan terima kasih juga kepada warga SK. Long Ikang dan SK. Morek kerana sudi bertandang ke Kampung Sungai Sebatu.