Secara
keseluruhannya program ini bolehlah dianggap berjaya. Penanda aras kejayaan ini
adalah dari aspek kelancaran perjalanan program, pencapaian objektif dan
prestasi para peserta. Kelancaran
program ini adalah baik. Hal ini didorong oleh komitmen dan semangat kerjasama
antara ahli jawatankuasa di samping sokongan dan dorongan dari pihak
pentadbiran sekolah serta dari Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sk Sungai
Sebatu, Baram.
Objektif
utama program ini dianjurkan dapat di capai dengan jayanya. Biarpun terdpat
segelintir murid yang kelihatan agak gugup, namun ia hanya bersifat sementara
iaitu, di wal persembahan. Apabila perasaan gemuruh murid hilang, sedikit demi
sedikit ketrampilan mereka teserlah sekaligus memberikan persembahan yang
memberangsangkan. Secara keseluhannya, objektif tercapai.
Prestasi
yang ditunjukkan para peserta juga menunjukkan peningkatan dari setahun ke
setahun khususnya murid-murid tahap dua yang semakin menunjukkan kematangan
dalam berbahasa. Hal ini mencerahkan peluang sekolah untuk memenangi
pertandingan bercerita peringkat Zon yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.
Pemenang Kategori Tahap 1
Johan kategori Tahap 1 jatuh kepada adik Scott Nixon ak Michel dari Tahun 3
Naib Johan kategori Tahap 1 jatuh kepada adik Xazier Muran ak Wilfred Geraman dari Tahun 2
Tempat ketiga kategori Tahap 1 jatuh kepada adik Eva Eldayana ak Jonathan dari Tahun 3
Pemenang Kategori Tahap 2
Johan kategori Tahap 2 jatuh kepada adik Jasnitha Janie ak Enturan dari Tahun 6
Naib Johan kategori Tahap 2 jatuh kepada adik Kennedy Osiris Lanang ak Michel dari Tahun 6 |
Tempat Ketiga kategori Tahap 2 jatuh kepada adik Emen Gazes ak Jonathan dari Tahun 5
Barisan hakim yang adil lagi bijaksana, En Ziham Zawawi, En Mohd Farhad, En Razak dan En Muhammad Hafizi selaku ketua hakim.
Teks & foto: Nurkhairizuhana
Edit: Ziham Zawawi