Pada 05 Mac 2015 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan
aktiviti gotong-royong membaik pulih perpustakaan sekolah. Aktiviti ini merupakan satu usaha dari pihak sekolah dalam meningkatkan keceriaan, keselesaan dan tahap keselematan perpustakaan sebagai satu wadah ilmu dan berinformasi.
Sebelum aktiviti dijalankan, sedikit taklimat dan perkongsian idea telah diberikan oleh Cikgu Ziham selaku penyelaras pusat sumber sekolah. Aktiviti ini dimulakan dengan kerja-kerja mengosongkan perpustakaan sekolah. Aktiviti diteruskan dengan kerja mengecat dinding, membaik pulih lantai perpustakaan dan juga rak-rak buku. Kesungguhan, semangat dan sikap tanggungjawab yang proaktif daripada para staf SKSS sepanjang aktiviti ini ternyata berbaloi apabila perpustakaan yang dulunya suram kini sudah ceria.
ktiviti ini tamat pada
pukul enam petang.Meskipun keletihan,masing-masing berasa gembira kerana
dapat melihat kawasan sungai yang bersih dan cantik.
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
ktiviti ini tamat pada
pukul enam petang.Meskipun keletihan,masing-masing berasa gembira kerana
dapat melihat kawasan sungai yang bersih dan cantik.
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Aktiviti ini tamat pada pukul 6.00 petang. Meskipun keletihan, para staf yang terlibat tetap berasa gembira dengan hasil kerja masing-masing. Semoga segala usaha murni ini dapat merealisasikan impian dan matlamat sekolah dalam mewujudkan pusat sumber yang gemilang dan berinformasi.
Berikut merupakan beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa aktiviti ini dijalankan.
Suasana sebelum (kiri) dan selepas (kanan) perpustakaan SK Sungai Sebatu. |
Disediakan oleh: Farhad Daud