Program Smart Partnership ini merupakan salah satu program tahunan yang
dianjurkan oleh SK Morek. Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk
melihat tahap kesediaan murid Tahun 6 bagi 3 buah sekolah yang terlibat untuk
menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan berlangsung dalam
bulan September. Sekolah yang terlibat adalah SK Morek sebagai tuan rumah
bersama SK Long Ikang dan SK Sungai Sebatu sebagai sekolah jemputan. Program ini
telah diadakan pada 14 hinga 16 Ogos 2015 bertempat di SK Morek.
Program Smart Partnership ini telah dilaksanakan
dalam 2 bentuk utama iaitu Sesi Ujian dan Sesi Perbincangan dan Pembetulan
Soalan Ujian mengikut format UPSR. Pelaksanaan program ini juga adalah untuk
mengukuhkan lagi pemahaman murid akan bentuk-bentuk soalan dalam format UPSR
yang betul. Selain itu, cara-cara menjawab bentuk soalan UPSR dengan betul
turut didedahkan kepada murid-murid sewaktu sesi perbincangan dan pembetulan
kertas ujian bagi setiap mata pelajaran.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah :
- -
Ujian
Bahasa Melayu Kertas 1
- -
Ujian
Bahasa Melayu Kertas 2
- -
Ujian
Matematik
- -
Ujian
Bahasa Inggeris
- -
Ujian
Sains
- -
Sesi
perbincangan dan pembetulan Bahasa Melayu Kertas 1
- -
Sesi
perbincangan dan pembetulan Bahasa Melayu Kertas 2
- -
Sesi
perbincangan dan pembetulan Matematik
- -
Sesi
perbincangan dan pembetulan Bahasa Inggeris
- -
Sesi
perbincangan dan pembetulan Sains
Semua murid tahun 6 bagi setiap sekolah terlibat
secara langsung bagi menjayakan program ini. Program ini tambahan pula adalah
satu program tahunan yang dianjurkan oleh SK Morek bagi mengeratkan hubungan
silaturahim antara sekolah yang terlbat di samping melihat tahap kecemerlangan
pelajar dalam setiap mata pelajaran UPSR.
Laporan Harian
Hari pertama
Pada hari pertama, rombongan dari SK Sungai Sebatu tiba di sekolah tuan rumah
program pada pukul 10.45 pagi. Sementara menunggu sesi pendaftaran bermula pada
jam 2.00 petang, murid dan guru SK Sungai Sebatu diberi tempat penginapan dan
berehat.
Program hari ini bermula dengan sesi pendaftaran
pada jam 2.00 petang dan seterusnya pada jam 3.00 petang dengan sesi taklimat
ringkas berkaitan program. Seterusnya, sesi ice breaking diteruskan untuk
peserta. Peserta yang pada mulanya nampak malu antara satu sama lain akhirnya
semakin mesra dan mengenali antara satu sama lain. Sesi petang berakhir pada
jam 5.00 petang. Murid dibenarkan untuk membuat persiapan diri dan makan malam.
Sesi malam bermula pada jam 7.15 petang dimana
murid menjalani ujian bahasa Melayu Kertas 1 sehingga jam 8.05 malam. Kemudian,
murid menjalani ujian bahasa Inggeris Kertas 1 pada jam 8.20 malam hingga jam
9.10 malam. Setelah dua sesi ujian ini berakhir, peserta program menikmati
sedikit jamuan ringan dan kembali ke tempat penginapan untuk berehat dan tidur.
Hari kedua
Sesi pagi ini bermula dengan sarapan pagi pada jam 6.30 pagi hingga jam
7.00 pagi. Seterusnya peserta program menjalani Ujian Bahasa Melayu Kertas 2
dan Ujian Bahasa Inggeris Kertas 2. Seusai sahaja kedua-dua ujian, peserta
program dibenarkan berehat selama
setengah jam untuk minum pagi pada jam 10.00 pagi hingga jam 10.30 pagi.
Kemudian, sesi pagi disambung lagi dengan Ujian Matematik Kertas 1 dan Kertas 2
dari jam 10.45 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengah hari. Kesemua sesi ujian
ini dipantau oleh guru-guru dari ketiga-tiga buah sekolah yang terlibat
berpandukan jadual pengawasan mengikut subjek masing-masing.
Pada jam 12.45 tengah hari
hingga jam 2.45 petang, peserta program dibenarkan untuk berehat di asrama,
makan tengahari di dewan makan serta membuat persiapan diri untuk sesi petang.
Sesi petang bermula pada
jam 3.00 petang dengan Ujian Sains selama 1 jam 15 minit yang berakhir pada jam
4.15 petang. Sesi petang diteruskan dengan sesi riadah bersama-sama semua
peserta program. Untuk peserta lelaki, mereka dibenarkan bermain bola sepak bersama
guru lelaki dan untuk peserta perempuan, mereka dibenarkan untuk bermain bola
beracun sambil diawasi oleh guru yang bertugas. Usai sahaja riadah, semua
peserta kembali ke asrama untuk persiapan diri dan makan malam.
Untuk sesi malam yang
bermula pada jam 7.45 malam, semua peserta program terlibat dengan sesi
perbincangan dan pembetulan soalan ujian Bahasa Melayu yang telah mereka jawab
sebelum ini. Mereka juga turut didedahkan dengan cara-cara untuk menjawab
soalan ujian Bahasa Melayu dengan betul. Sesi malam ini tamat pada jam 9.00
malam. Semua peserta menikmati sedikit jamuan ringan dan masuk tidur.
Hari Ketiga
Pada hari ini, sesi perbincangan dan pembetulan kertas ujian diteruskan
dengan subjek Bahasa Inggeris pada jam 7.15 pagi hingga jam 8.30 pagi. Kemudian
sesi perbincangan diteruskan lagi dengan subjek Matematik hingga jam 9.45 pagi.
Pada jam 9.45 pagi, murid berehat seketika
untuk minum pagi hingga jam 10.15 pagi. Kemudian sesi diteruskan lagi
dengan perbincangan dan pembetulan kertas ujian Sains. Perbincangan tamat pada
jam 11.30 pagi. Semua peserta dikehendaki bersedia untuk Majlis Penangguhan
Program Smart Partnership.
Majlis Penangguhan Program
Smart Partnership dimulakan pada jam 11.45 pagi yang dirasmikan oleh En Raymond
Lagang, guru besar SK Morek. Setelah itu, upacara penyampaian piala, hadiah dan
sijil telah disampaikan kepada semua peserta yang telah medapat keputusan yang
cemerlang dalam semua ujian yang telah dijalankan. Majlis tamat pada jam 12.30
tengahari.
Semua peserta program ke
dewan makan untuk makan tengahari. Sejurus selesai makan, semua peserta bersiap
sedia untuk kembali ke sekolah masing-masing pada jam 2.00 petang.
Pencapaian murid
Terbaik Pemahaman : Angellie
Puyong Jok (SK Morek)
:
Eric Liham David (SK Morek)
:
Jasnitha Janie Ak Enturan (SK SG Sebatu)
Terbaik Penulisan :
Kennedy Osiris Lanang (SK SG Sebatu)
Terbaik Matematik :
Kennedy Osiris Lanang (SK SG Sebatu)
Terbaik Sains :
Kennedy Osiris Lanang (SK SG Sebatu)
Terbaik Bahasa Inggeris : Kennedy
Osiris Lanang (SK SG Sebatu)
Kedudukan 5 terbaik
1) Kennedy
Osiris Lanang (SK SG Sebatu) – 4A 1B
2) Allson
Remong Ak William (SK SG Sebatu) – 2A 3B
3) Jasnitha
Janie Ak Enturan (SK SG Sebatu) – 1A 4B
4) Angellie
Puyong Jok (SK Morek) – 2A 2B 1C
5) Bradley
Balan Anak Jackson (SK Morek) – 4B 1C
Terbaik Keseluruhan : Kennedy
Osiris Lanang (SK SG Sebatu)
Kontinjen SK Sungai Sebatu, Baram yang terdiri daripada Annie ak Salim, Kennedy Osiris Lanang ak Michel, Allson Remong ak William, Jasnitha Janie ak Enturan (murid-duduk dari kiri), Cikgu Che Abdul Razak, Cikgu Qurratul Aini Ulfa, Cikgu Mohd Farhad, Cikgu Nurkhairizuhana dan Cikgu Ziham Zawawi (berdiri dari kiri).
Semua guru dan murid dari SK Sungai Sebatu, SK Long Ikang dan SK Morek yang terlibat dalam menjayakan Program Smartpartnership 2015.
Foto & Teks: Siti Qurratul Aini Ulfa