PENGENALAN
Pada 16 Oktober 2014, pertandingan “Crossword Puzzle” telah diadakan di peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Sebatu. Aktiviti di bawah anjuran Panitia Bahasa Inggeris ini menggalakkan penglibatan daripada murid-murid tahap 1 dan tahap 2. Pertandingan ini dijalankan di dalam kelas masing-masing dengan diawasi oleh guru Bahasa Inggeris kelas tersebut. Penglibatan pelajar dalam pertandingan ini amat menggalakkan.
OBJEKTIF
Pertandingan
ini dirancang khas untuk mencapai objektif-objektif yang tersebut:
1. Pertandingan ini dianjurkan bertujuan untuk memperkayakan
kosakata Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid.
2. Menarik minat murid untuk menyertai program berasaskan
Bahasa Inggeris.
3.
Memberi
murid pendedahan kepada struktur ayat Bahasa Inggeris di luar waktu PdP.
LAPORAN
Panitia
Bahasa Inggeris SK Sungai Sebatu, Baram telah mengadakan satu pertandingan “Crossword Puzzle” pada hari Khamis
bersamaan dengan tarikh 16 Oktober 2014, bertempat di bilik-bilik darjah. Pertandingan ini pada asalnya telah dirancang
untuk dijalankan lebih awal lagi. Namun, atas faktor kekangan masa,
pertandingan ini terpaksa ditangguh pada tarikh yang tersebut. Sewaktu hari
pertandingan, semua murid dikehendakki untuk berada di kelas masing-masing.
Pertandingan akan dijalankan pada waktu subjek Bahasa Inggeris mereka sambil
diawasi oleh guru Bahasa Inggeris masing-masing. Pertandingan telah dibahagikan kepada dua
peringkat iaitu peringkat Tahap 1 dan Tahap 2. Tahap 1 melibatkan jumlah murid
seramai 7 orang murid manakala Tahap 2 pula merangkumi jumlah murid sebanyak 13
orang murid. Semasa pertandingan, guru subjek masing-masing dikehendakki untuk
menerangkan tentang konsep “Crossword
Puzzle” kepada murid-murid terlebih
dahulu. Kemudian, barulah pertandingan dapat dijalankan dengan lancarnya.
KEPUTUSAN
TAHAP 2
|
||
JOHAN
|
Christina Tiung
|
Augustine Langgong
|
NAIB JOHAN
|
Graciecca Devung
|
Allson Remong
|
TEMPAT KETIGA
|
Xavier Muran
|
Jennifer Muntai.
|
PENUTUP
Secara
umumnya, pertandingan “Crossword Puzzle”
peringkat SK Sungai Sebatu bagi tahun ini berjalan dengan lancar dan jayanya
walaupun terdapat pelbagai kekangan yang terpaksa ditempuhi. Hasil kerjasama
dan komitmen yang diberikan oleh setiap pihak, setiap masalah berjaya diatasi
dengan jayanya. Akhir kata, sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih
kepada semua warga sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan pertandingan “Crossword
Puzzle” peringkat SK Sungai Sebatu bagi tahun ini.